Pages

Showing posts with label REALITI KEHIDUPAN. Show all posts
Showing posts with label REALITI KEHIDUPAN. Show all posts

Sunday, 21 February 2016

BAGAIMANAKAH KEADAANKU KETIKA MULUTKU BERZIKIR TETAPI HATIKU LALAI?




1. Apabila kamu beramal kerana rasa takut kepada Allah, maka amal itu dinamakan IBADAT HAMBA.

2. Apabila kamu beramal kerana mendapatkan syurga dan pahala, maka amal itu dinamakan IBADAT SAUDAGAR.

3. Apabila kamu beramal kerana rasa Malu kepada Allah SWT, dilaksanakan amal kerana rasa hamba dan ingin menunjukkan rasa berterima kasih. Kemudian hatinya merasa bimbang adakah amalnya diterima atau tidak, kesal dgn kecuaiannya dalam beribadah maka amal ini dinamakan IBADAH MERDEKA.


Tinta Ilmu
Allahyarham al-Allamah Abu Zakaria Muhyuddin bin al-Syaraf an-Nawawi al-Dimasyqi



Baca Selanjutnya...

Thursday, 20 September 2012

TIGA GOLONGAN MANUSIA



Manusia terbahagi kepada tiga golongan iaitu:

✔ Hidup demi dunia semata-mata

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): ‘Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan.’”
(Surah al-An’am 6: 29)

Golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.

✔ Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun…

Namun mereka tidak berusaha kea rah mencapai kebahagiaan “disana”. Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagiaan di akhirat.

✔ Golong yang menganggap dunia ini ladang akhirat.

Mereka menanam disini untuk menuai di akhirat kelak.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampong akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”
(Surah al-An’am 6: 32)

DI MANA agaknya kita?
Tepuk dada Tanya iman.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 33.
Baca Selanjutnya...

Monday, 6 August 2012

PUNCA HATI MENJADI KERAS


Cuba elakkan dari kita bergosip,
Cuba elakkan dari mengata,
Cuba elakkan dari kita mengumpat.
Semua ini akan membuatkan hati kita menjadi keras dan
 orang yang hati keras,
orang itu paling jauh dengan Allah S.W.T.

- Ustaz Don Daniel
Baca Selanjutnya...

Saturday, 2 June 2012

BILA DIUJI


Baca Selanjutnya...

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA


Baca Selanjutnya...

Friday, 1 June 2012

TELINGA – Lazimkan Mendengar Yang Baik.




Telinga adalah pancaindera yang dikurniakan oleh Allah s.w.t untuk mendengar hal-hal yang baik dan positif, yang boleh membawa kita kepada kejayaan di dunia dan akhirat.

Menadah telinga untuk mendengar cacian, umpatan, gosip dan kata-kata nista perlu kita elakkan sama sekali. Gunakanlah telinga untuk mendengar perkara-perkara bermanfaat dan boleh membawa kita mendekatkan diri kepada Allah. Contohnya iringilah telinga dengan ayat-ayat suci al-Quran dan Hadis, mendengar ceramah agama serta motivasi dan sebagainya.

Jika telinga hanya digunakan untuk mendengar lagu-lagu dan muzik kegemaran sepanjang hari sehingga lupa ilmu-ilmu agama, tidak mustahil ia akan mengeras dan mematikan hati.

Telinga juga amat berkaitan dengan lidah kerana fungsi telinga mendengar kata-kata yang diluahkan melalui lidah. Tetapi inglah firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nur: 24:”…. Pada hari (ketika lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.”

Sebab itu, lazimkan diri untuk mendengar yang baik-baik dan positif agar kita selamat di akhirat, begitu juga di dunia. Apabila membiasakan diri mendengar kata-kata positif, kita akan lebih bermotivasi dan Insya-Allah beroleh kejayaan dalam bidang diceburi.

sumber : Majalah IMAN Bil: No 2
Baca Selanjutnya...

Sunday, 20 May 2012

KERANA MULUT BADAN BINASA

Mulut? Kalau dapat direnungkan antara dua faktor yang menyebabkan keracunan iman seseorang berpunca daripada mulut.

PERTAMA
Ketajaman mulut melebihi mata pedang.

Allah berfirman dalam surah al-Isra' ayat 53 :-
"Dan katakan kepada hamba-hamba-Ku: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar); sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia."

Mulut yang lancang berbicara tanpa memikirkan perasaan orang yang mendengarnya akan mengakibatkan perselisihan di antara mereka. Di dalam mulut ada sekeping daging yang tidak bertulang namun bisanya umpama sengat ular. Daging itu juga berupaya memutar belitkan kebenaran, mencela, mengumpat dan berkata keji.

KEDUA
Kita akan mengikuti apa yang dimahukan oleh nafsu apabila nafsumenjadi pemandu dan manusia menjadi kenderaannya. Dapat kita perhatikan waktu makan, ikutkan nafsu passti kita akan menelani segala makanan yang terhidang sehingga terlalu kenyang menyukarkan diri untuk bangkit beribadah pada Allah.


Rasulullah s.a.w bersabda :-
"Ada seketul daging dalam tubuh manusia jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya, tetapi jika jahat daging itu, maka jahat seluruhnya dan ketahuilah daging adalah hati."

Apakah bahan yang membentuk hati ?
Ia adalah makanan yang kita makan daripada sumber apa iaitu HALAL atau HARAM.

Tujuan cipataan mulut antaranya adalah sentiasa berzikir pada Allah s.w.t, melahirkan ucapan yang disenangi orang lain, menyatakan kesyukuran dan kebesaran Allah, menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar dan menyampaikan risalah Allah dan Rasulullah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :-
"Hendaklah kami berkata baik ataupun diam." 

Diam yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w mengandungi banyak hikmahnya, antaranya :-
  1. Apabila kurang bercakap kita akan lebih berfikir dan apabila lebih berfikir,akal akan menjadi lebih tajam.
  2. Fikiran yang tajam akan menjamin tindakan yang kita lakukan adalah berlandaskan keimana, bukan pada nafsu.
  3. Kurang dosa kerana banyak bercakap banyak dosa. Apabila banyak dosa, kurang malu. Apabila kurang malu manusia akan seenaknya membuat maksiat sesuka hati.
  4. Tidak menyakiti perasaan orang lain meskipun kita tidak berniat untuk menyakiti perasaannya.
  5. Dapat menilai baik dan buruk sesuatu tindakan kerana tatkala kita banyak berkata ia akan menyukarkan hati untuk menyelidiki dan menilai. 


Kesimpulannya, jika mulut diciptakan berpasangan, maka akan bertambahlah 'maksiat'  seseorang itu kerana memelihara mulut yang satu inipun banyak ujiannya. Jadi kurangkan bercakap, banyakkan mendengar.

Wallahualam......


Sumber : Majalah Gen-Q


Baca Selanjutnya...

IBLIS IKUT BALIK RUMAH




Indahnya Perubatan Islam - Ustaz Sharhan Shafie
Baca Selanjutnya...

Saturday, 19 May 2012

HANTU DI PUSAT KARAOKE

Baca Selanjutnya...

SANTAU & AYAT MERAWAT DAN PENDINDING




Indahnya Perubatan Islam - Ustaz Sharhan Shafie

Baca Selanjutnya...

Friday, 18 May 2012

MIMPI-MIMPI TANDA DISIHIR


Tidak semua mimpi mainan tidur sebaliknya membawa maksud tertentu ... wallahualam

Indahnya Perubatan Islam - Ustaz Sharhan Shafie
Baca Selanjutnya...

CARA ATASI ZINA HATI


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.

Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." 
(Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama : 

Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan :

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan. Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan :

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.


Baca Selanjutnya...

Thursday, 17 May 2012

PERKARA YANG MENYEBABKAN SYAHADAH SESEORANG TERBATAL ATAU MURTAD



1. Sujud/tunduk kepada berhala acara pilihan sendiri bukan kerana terpaksa.

2. Menghina atau memperkecil-kecilkan sesuatu yang dimuliakan oleh agama seperti nama Allah yang mulia. Sifat-sifat Allah, al-Quran, hadis Nabi s.a.w., Hukum syarak, rasul-rasul, perintah serta larangan-Nya dan sebagainya.

3. Mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya dengan ucapan itu menyebabkan orang menyangka ia telah kafir. Atau dengan terang-terang orang itu mengatakan yang dirinya telah menjadi kafir atau keluar daripada Islam, sedangkan hal keadaannya secara ikhtiar (pilihan sendiri, bukan paksaan).

4. Perbuatan-perbuatan lain yang menyebabkan boleh terkeluar daripada Islam seperti mengatakan yang wajib itu sebaliknya. Begitu juga mengatakan yang haram itu halal. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 217:

Maksudnya: “Sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya (agama Islam) kemudian mati dalam kekafirannya itu maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan akhirat. Mereka akan menjadi penunggu neraka dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya” (Surah al-Baqarah 2: 217)

sumber : Buku Indahnya Hidup Bersyariat
Baca Selanjutnya...

CARA MENGATASI TEKANAN PERASAAN


Tips bagi mengatasi tekanan perasaan

Tips mudah yang boleh diamalkan untuk mengatasi tekanan dengan bijak :

1. Bawa-bawalah bertenang

Bila kita menyarankan seseorang supaya bertenang apabila dia marah, sedih dan sebagainya, pernahkah kita terfikir untuk mengajak atau mengajar cara-cara untuk memenangkan diri? Apa yang selalu saya praktikkan bila saya mahu bertenang menenangkan diri sendiri, saya akan tarik nafas dalam-dalam sekitar 7-9 saat, dan lepaskan perlahan-lahan juga sekitar 7-9 saat. Bagi yang beragama Islam, anda digalakkan beristighfar semasa melepaskan nafas, sebutkan "astagfirullah hal 'aziim al-lazi laa ila ha illa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaik" dan tumpukan fikiran yang anda sedang memohon ampun daripada Allah. Insya Allah, biasanya jika diulang sebanyak 7 kali, anda akan kembali tenang.

2. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

3. Membaca al-Quran, zikir dan selawat

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu. Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah penenang jiwa yang paling mujarab.

Anda juga boleh meluaskan pembacaan anda kepada buku-buku ilmiah yang lain seperti buku-buku berkaitan agama, motivasi dan sebagainya untuk menghilangkan kesepian atau kesedihan. Ramai orang rekomen baca buku "Jangan Bersedih",

Anda juga boleh mengurangkan tekanan perasaan dengan berzikir dan berselawat agar hati sentiasa tenang dan tidak gusar. Kita perlu yakin bahawa walaubagaimana hebat tekanan yang kita alami, pertolongan Allah SWT tetap ada kerana selepas kesempitan pasti ada kelegaan dan selepas kepayahan pasti ada kesenangan.

4. Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

5. Banyakkan solat sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita dituntut membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat dhuha, solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih, solat sunat tahajud dan sebagainya adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

6. Selalu berdoa kepada Allah SWT

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita dituntut berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

7. Bersangka baik dengan Allah SWT

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan takdir-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

8. Mengurus masa dengan baik

Usahlah bersikap tamak untuk menghabiskan semua kerja dalam satu masa. Cuba patuhi waktu pejabat dan jangan terselalu membuat kerja lebih masa kerana setiap kita ada hak-hak yang perlu kita tunaikan. Belajarlah cara kemahiran pengurusan diri dan masa, seperti menetapkan keutamaan.

9. Berhubung dengan keluarga, rakan-rakan dan jangan bersendirian

Syaitan selalunya menyerang manusia yang suka bersendirian. Satu hadis daripada Usamah bin Syuraik menyatakan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tangan Allah berserta jemaah. Maka apabila bersendirian seseorang itu daripada jemaah, syaitan-syaitan akan menyambarnya, seumpama serigala menyambar kambing daripada kumpulannya". Sesungguhnya serigala hanya membaham kambing yang memencilkan dirinya dari kumpulan yang besar. Itu perumpamaan dari Baginda SAW mengenai peranan syaitan ke atas manusia. Jadi, ke mana sahaja seseorang itu pergi, dia harus mencari tiga perkara iaitu jamaah, orang ramai dan masjid.

Berbicaralah dengan mereka yang boleh anda dipercayai atau hubungi sesiapa sahaja yang anda kenali. Cuba luahkan ekspresi tanpa limitasi, tidak kira sama ada waktu sedih mahupun gembira, kongsikan perasaan anda dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang anda rasa selesa dengannya. Bergaullah dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan.

10. Lakukan aktiviti luar rumah atau aktiviti fizikal

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu belajar atau bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan atau berenang. Jangan duduk diam dan berkurung dalam bilik sambil melayan lagu-lagu sedih yang menyayatkan jiwa hati, ini hanya menambahkan sebak di dada.

Lakukan apa saja akitiviti kecergasan, bersukan dapat menghasilkan hormon yang mampu melegakan tekanan perasaan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh, Insya Allah.

11. Aktiviti bersama alam

Sentiasa memelihara hubungan dengan alam. Anugerah alam ciptaan Allah SWT berupaya menenangkan, menyemai iman dan penawar bagi manusia. Aktiviti berkebun, menanam dan menjaga pokok bunga bukan sahaja menyihatkan malah membantu memupuk diri memelihara alam. Anda juga menikmati ‘bird watching’, ‘nature walk’, berjalan di tepi pantai sambil mengutip cengkerang untuk hiasan akuarium atau apa saja berkaitan dengan aktiviti alam semulajadi yang cukup mendamaikan bersama-sama ahli keluarga. Cuba gunakan keseluruhan deria untuk merasai kehadiran Allah SWT.

12. Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

Jaga makan dan tidur berlebihan. Sayangi badan anda, jangan mendera badan anda dengan tidur yang tidak mencukupi atau makan makanan yang tidak berkhasiat.

13. Jangan malu untuk ketawa

Bilakah kali terakhir anda memegang majalah Gila-Gila atau Gelihati? Anda boleh cubalah baca komik atau menonton cerita-cerita yang kelakar yang mampu membuat anda ketawa atau tersenyum.

14. Menangis dengan sepuas hati

Jika anda jenis yang "tidak boleh" gelak-ketawa sebab "terputus wayar:, maka cubalah menangis sepuas-puasnya. Ia mampu membuang jauh-jauh perasaan yang gundah gelana.

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.

15. Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

16. Fokus kepada warna yang menenangkan

Kajian membuktikan bahawa warna memberi kesan kepada perasaan kita. Warna merah terang, oren dan kuning memberikan kita tenaga. Kombinasi warna merah dan kuning menyebabkan darah kita berkitar dan menaikkan suhu badan. Biru dan hijau memberi kesan menyejukkan dan menenangkan. Anda pasti boleh mengenalpasti warna dengan cara anda sendiri untuk mengubah perasaan yang anda mahukan.

17. Cuba hidu aroma yang menenangkan

Minyak pati aromaterapi lavender amat terkenal dengan aroma menenangkan. Anda boleh cuba hangatkan pati aromaterapi lavender atau dapatkan saja bau -bauan yang di gemari.

18. Hindari bunyi bising

Bunyi boleh memberi kesan kepada perasaan kita. Kita dilahirkan dengan perasaan yang tidak selesa kepada bunyi bising. Kebisingan juga boleh memberi tekanan dalam diri. Ia juga boleh menaikkan tekanan darah, mempercepatkan degupan jantung dan memberi kesan psikologi yang lain. Walau bagaimanapun bukan semua bunyi memberi kesan buruk. Muzik contohnya boleh memberi kesan yang baik kepada perasaan dan kesihatan diri kita.

Menurut kajian dari Avram Goldstein, muzik boleh menyebabkan otak mengeluarkan sejenis bahan penenang yang dinamakan endorfin. Muzik juga boleh menimbulkan pelbagai variasi perasaan. Justeru, jika anda rasa tertekan, dengarlah lagu-lagu kegemaran anda. Semoga ia dapat membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

19. Hadkan pengambilan ubat-ubatan

Ada sesetengah ubat-ubatan yang kita ambil mampu menyumbangkan mood swing yang kurang baik seperti kemurungan dan emosi tidak terkawal. Jika ia tidak perlu, anda boleh cuba elakkan pengambilan ubat-ubatan sebegini seboleh mungkin. Simpan ubatan di tempat yang susah sukar dicapai sekiranya anda berniat untuk mengambilnya dalam dos yang berlebihan. Jangan mengambil pil tidur tanpa preskripsi doktor.

20. Katakan tidak pada alkohol dan dadah

Elakkan dari mengambil alkohol dan dadah-dadah lain yang boleh mengakibatkan hilang pertimbangan anda. Mengambil sesuatu yang mengkhayalkan tidak akan membantu untuk menghilangkan tekanan, sebaliknya akan membuatkan anda menjadi ketagih dengannya.

21. Dapatkan sokongan sosial atau rujuk pakar

Cuba dapatkan bantuan kaunseling melalui ruangan kaunseling, NGO berkaitan atau boleh juga melalui telefon seperti talian "Befrienders" dan lain-lain. Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

sumber : Alam Informasi


Baca Selanjutnya...

AL-KISAH BOS



Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar.
Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas,
bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu.

So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot.
Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok
nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit.
Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan
memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya
dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap

Bos tu menjawap,

"Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI.
  KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN"

Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye,
seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.
Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye,
dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,

"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,

"Owh, dia tu datang anto pizza, tak keje sini pun"


Baca Selanjutnya...

SAYA BUKAN ORANG BAIK



✿~ Saya BUKAN ORANG BAIK tapi saya mempunyai CITA-CITA untuk menjadi baik.. bila saya tegur KESALAHAN orang lain bukan bermakna saya hendak tunjuk alim/baik cuma itu juga menjadi TELADAN BUAT DIRI SENDIRI supaya tidak berkelakuan begitu.. hodoh dan HINA rupanya jika kita berkelakuan seperti TIADA AGAMA..

✿~ Saya bukan orang baik tapi saya mempunyai cita-cita untuk menjadi baik, marilah semua kita BERUBAH.. KIAMAT SUDAH DEKAT, itu dapat saya rasakan.. berubahlah semua sementara masih ada MASA dan PELUANG..

✿~ Saya bukan orang baik tapi saya mempunyai cita-cita untuk menjadi baik.. InsyaAllah, saya akan terus MENDOAKAN kalian semua dan saya sendiri agar ditetapkan hati dan ISTIQAMAH dalam mencari cinta Ilahi..Amin..

p/s : Saya PUJUK kalian, saya SERU kalian dan saya AJAK kalian ke arah KEBENARAN dan KEBAIKAN kerana saya SAYANGKAN kalian semua..♥♥

sumber : lelaki soleh idaman wanita


Baca Selanjutnya...

Thursday, 10 May 2012

7 PERKARA PELIK TAPI BENAR


 
1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.


2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.


3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.
-Usman Ibn Affan r.a.
Baca Selanjutnya...

18 KATA-KATA RINGKAS DENGAN MAKNA YANG MENDALAM -KATAKANNYA


Sewaktu kita kecil, ramai di antara kita gemar berkata, “Kata-kata kamu tidak akan mengapakan aku” atau “Eleh, setakat ejekan atau kata-kata begitu pada aku, tidak langsung buat aku rasa apa-apa, lainlah kalau aku dibaling kayu atau batu”, atau “Mereka katalah apapun, aku tetap biasa saja”.

Jelasnya, ianya tidak memakan masa yang lama untuk kita menyedari bahawa kata-kata itu memberi kesan yang mendalam lebih dari yang kita sangkakan. Ianya mempengaruhi pemikiran, perasaan, tindakan dan keadaan minda kita. Malah kata-kata yang ringkas pun sering membawa maksud yang besar.

Cuba fikirkannya. Sama ada anda mahukan kerja idaman anda, memperbaiki persahabatan anda, menyelamatkan perkahwinan anda atau mengikat pekerja-pekerja anda, kata-kata yang anda pilih untuk dikatakan boleh memberi seribu perbezaan. Kata-kata ringkas, yang sering kita ambil ringan, mempunyai kuasa untuk melukakan atau menyembuh, untuk memberi inspirasi atau melemahkan, untuk membantu atau menyekat.

Di bawah adalah 18 contoh kata-kata kecil yang membawa maksud yang besar dalam cara yang amat positif.

1. Terima kasih.
Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa.

2. Saya maafkan awak.
Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.

3. Saya sayangkan awak.
Barangkali mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan.

4. Saya sudah salah.
Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang lebih baik.

5. Awak cantik.
Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita cantik.

6. Tak apa.
Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti akan jadi baik.

7. Saya faham.
Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.”

8. Awak selamat.
Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya.

9. Saya mengagumi awak.
Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain.

10. Saya sokong awak.
Apabila membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih berani.

11. Awak boleh lakukannya.
Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada.

12. Awaklah orangnya.
Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada seseorang.

13. Ini semuanya untuk awak.
Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi 100% semuanya tentang diri anda.

14. Saya ada di sini untuk awak.
Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka.

15. Kerja yang hebat.
Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri.

16. Saya rindu awak.
Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi.

17. Awak penting.
Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting, adalah sangat istimewa.

18. Maafkan saya.
Apabila hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya.

Semoga anda kata-kata ringkas dengan makna yang besar ini bermanfaat untuk anda. Sepanjang anda meneruskan hari anda, bercakaplah dengan baik dan gunakanlah kata-kata ini, yang mana anda sendiri pun suka untuk mendengarnya. Akhir kata, ingatlah; orang tidak tahu bagaimana perasaan kita sehinggalah kita menyatakannya; jangan anggap mereka tahu. Selamat menjalani hari anda.
Baca Selanjutnya...

Tuesday, 24 April 2012

‎15 SEBAB ALLAH TURUNKAN BALA!




DARIPADA Saidina Ali bin Abi Thalib ra Rasulullah bersabda:

Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperuntukkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Aanak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara ditinggikan di dalam masjid.
9. Orang menjadi ketua bagi satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

...Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain...

"..Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.."

Baca Selanjutnya...

Monday, 23 April 2012

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT




KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
 sumber : Zhafran Zainuldin


Baca Selanjutnya...