Pages

Monday 22 February 2016

HUTANG DENGAN ALLAH



Dalam kehidupan kita seharian, kita memang banyak berhutang. Hutang wajib di tunaikan. Apatah lagi hutang dengan Allah. 

Dari Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhumaa : 

Datang seseorang pada Nabi saw dan berkata: 

Wahai Rasulullah (saw), Sungguh ibuku wafat dan ia mempunyai hutang puasa satu bulan, apakah aku membayarnya untuknya?,

 sabda Rasulullah saw : 

“Betul, dan Hutang pada Allah (swt) lebih berhak untuk ditunaikan”

(Shahih Bukhari)

Solat adalah salah satu hutang yang kita perlu bayar jika kita meninggalkannya. Dalam kata jika kita pernah meninggalkan solat, kita wajib untuk mengqadakan semua solat yang pernah kita tinggalkan, sehinggalah kita merasakan solat yang diqadakan itu sudah melebihi bilangan solat yang kita pernah tinggalkan. 


Siapa Perlu Mengqadakan Solat

Para ulama sepakat bahawa mengqadha' solat itu wajib bagi orang yang lupa atau tertidur, sebagaimana dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW: 

"Sebenarnya bukanlah termasuk lalai kerana tertidur. Kelalaian itu ialah di waktu bangun. Maka apabila seseorang lupa solat atau ia tertidur, hendaklah ia melakukannya jika telah ingat atau sedar".

Orang yang pengsan, tidak perlu mengqadha' solatnya, kecuali bia ia sedar itu cukup waktu untuk bersuci dan bersolat.

Adapun orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka menurut mazhab Jumhur ia berdosa dan wajib mengqadha'. Sebaliknya Ibnu Taimiyah berkata: "Orang yang sengaja meninggalkan solat, tidaklah diperintah oleh syarak mengqadha' dan jika diqadha' juga maka tidak sah, hanya ia harus memperbanyak solat sunat".

Waktu Mengqadakan Solat

Kemudian menurut Abu Hanifah, Malik dan Syafei berpendapat bahawa ia harus mengqadha' bila waktunya habis, bahkan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat atau beberapa solat, ia boleh mengqadha' sebelum solat yang waktunya hadir, ini bila yang sengaja ditinggalkan itu lima kali solat atau kurang, baik waktu hadir itu sudah habis atau belum. Namun kalau lebih dari lima waktu, maka dimulai dengan solat yang hadir waktunya itu.

Oleh itu sebagai manusia kita perlu sentiasa membuat kira-kira berapa banyakkah bilangan hutang kita dengan Allah, i.e solat yang pernah kita tinggalkan setelah usia baligh. Sekurang-kurangnya kita berusaha membayar hutang kita kepada Allah.

 Disamping itu perbanyakkanlah solat sunat untuk memastikan kelompongan solat kita diisi dengan sempurna. Moga-moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Sumber : Blog Santai
Baca Selanjutnya...

Sunday 21 February 2016

BAGAIMANAKAH KEADAANKU KETIKA MULUTKU BERZIKIR TETAPI HATIKU LALAI?




1. Apabila kamu beramal kerana rasa takut kepada Allah, maka amal itu dinamakan IBADAT HAMBA.

2. Apabila kamu beramal kerana mendapatkan syurga dan pahala, maka amal itu dinamakan IBADAT SAUDAGAR.

3. Apabila kamu beramal kerana rasa Malu kepada Allah SWT, dilaksanakan amal kerana rasa hamba dan ingin menunjukkan rasa berterima kasih. Kemudian hatinya merasa bimbang adakah amalnya diterima atau tidak, kesal dgn kecuaiannya dalam beribadah maka amal ini dinamakan IBADAH MERDEKA.


Tinta Ilmu
Allahyarham al-Allamah Abu Zakaria Muhyuddin bin al-Syaraf an-Nawawi al-Dimasyqi



Baca Selanjutnya...

2 Amalan Sunnah Selepas Subuh & Selepas Maghrib

Amalan Sunnah Baginda Rasulullah S.A.W, yang mana Baginda S.A.W lakukannya setiap kali selepas solat Subuh & Maghrib.

Sunnah tersebut ialah : 


1. Membaca sebanyak 10 kali (dalam keadaan duduk tahiyyat akhir dan tidak berkata-kata sehingga selesai bacaan) : 




2. Membaca sebanyak 7 kali (dalam keadaan duduk tahiyyat akhir dan tidak berkata-kata sehingga selesai bacaan) : 



Daripada Abu Zar berkata, Sesungguhnya Rasulullah S.A.W  bersabda (maksud) : 

" Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata, sebanyak 10 kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkat baginya 10 darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbenteng daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyukutukan) Allah" 

(H.R Imam at-Tirmizi_Sanad Hasan | Imam at-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir)

Imam an-Nasa'i menambah,

"Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba" 

Imam at-Thorani menambah, 

"Dan baginya setiap yang dibacanya membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000."

 Daripada al-Harith b. Muslim, Daripada ayahnya berkata ; Baginda Nabi S.A.W bersabda (maksud) : 

"Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata : "Allahumma Ajirni minan nar" 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah akan menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai solat maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata "Allahumma Ajirni minan nar" 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka." 

(H.R Abu Daud & an-Nasa'i) 

Al-Hamdulillah, Begitu Allah S.W.T maha menyayangi hamba-hambanya, sehinggakan dicipta zikir-zikir bagi mensejahterakan kehidupan kita baik di dunia dan di akhirat. Namun sejauh manakah kita sebagai seorang hamba menghargai dan menggunakan peluang dan ruang yang diciptakan Allah S.W.T untuk kita ini. Imam Abu Hasan Asy-Syazili sering mengamalkan doa ini :

 " Ya Allah Jadikanlah dunia ditangan-tangan kami, dan janganlah jadikan dunia di hati-hati kami" 

RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAL.

Credit to http://mahspkl.blogspot.my/2013/11/2-amalan-sunnah-selepas-subuh-selepas.html#!/tcmbck

Baca Selanjutnya...

Tuesday 8 April 2014

SOLAT SUNAT DHUHA

SOALAN;
SAYA hendak kepastian mengenai solat dhuha. Bilakah waktu bermulanya dan bilakah waktu akhir bagi solat dhuha? Saya ada mendengar orang mengatakan solat dhuha ini lapan rakaat dan ada yang dua rakaat. Berapakah sebenarnya rakaat solat dhuha dan apakah surah yang dibaca dalam solat itu? Harap dapat disebut dalilnya.
HAJI RAMLI, Kuantan, Pahang.


BERKENAAN dengan solat dhuha ada sebuah hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah masing-masing setiap pagi bersedekah untuk persendian (ruas tulang) tubuh badannya. Maka setiap kali bacaan tasbih (Subhanallah) itu sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu sedekah, setiap bacaan tahlil (Lailahaillallah) itu sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu sedekah, amar makruf nahi mungkar (menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan) itu sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat dhuha dua rakaat.”

Sunat dilaksana ketika matahari naik tinggi, panas terik
Solat dhuha waktunya iaitu selepas matahari sudah naik tinggi segalah dan berakhir ketika tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur). Mudahnya solat dhuha bermula setengah jam selepas waktu syuruk. Namun disunatkan melaksanakannya pada waktu matahari naik agak tinggi dan panas agak terik. Hal ini seperti hadis riwayat Ahmad dan Muslim, daripada Zahid bin Arqam RA, beliau berkata:

“Nabi SAW keluar menuju tempat ahli Quba. Pada ketika itu mereka sedang menunaikan solat dhuha. Baginda bersabda: Ini adalah solat orang yang kembali kepada Allah (Awwabiin), iaitu di waktu anak-anak unta telah bangun kerana kepanasan waktu dhuha.

Sekurang-kurangnya solat dhuha ini adalah dua rakaat seperti hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA berkata yang bermaksud: “Kekasihku Rasulullah SAW berpesan kepada saya supaya berpuasa tiga hari tiap-tiap bulan dan solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur.”
Boleh juga dibuat empat rakaat seperti hadis riwayat Muslim, daripada Aisyah RA beliau berkata: “Rasulullah SAW biasa melaksanakan solat dhuha empat rakaat, dan kadang-kadang melebihi dari itu sekehendak Allah”.
Boleh juga dibuat lapan rakaat dan setiap dua rakaat satu salam seperti hadis riwayat Abu Daud, yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW mengerjakan solat dhuha sebanyak lapan rakaat dan tiap-tiap dua rakaat bersalam. Sehinggalah kepada 12 rakaat dan sesiapa yang mengerjakan solat dhuha 12 rakaat, nescaya dia akan mendapat istana di syurga”. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, daripada Anas r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat dhuha 12 rakaat, nescaya Allah dirikan untuknya istana di syurga.”

Dalam kitab fiqah I’aanatuth Thalibin, jilid 1 muka surat 225 dinyatakan bahawa jika dikerjakan dua rakaat, disunatkan pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah, membaca surah “Wasy-Syamsi waduhaaha..” dan pada rakaat kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah “Wadhuhaa wal-Laili izaa saja.”

Jika dikerjakan lebih daripada dua rakaat, maka disunatkan tiap-tiap dua rakaat salam. Surah yang dibaca adalah seperti yang telah disebutkan, manakala rakaat selebihnya membaca surah al-Kafirun (Qul yaa ayyuhal kafirun) dan surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad).

Cara yang terbaik apabila mengerjakan solat dhuha dua rakaat ialah pada rakaat pertama sesudah membaca al-Fatihah, membaca ayat Kursi sebanyak 10 kali dan pada rakaat kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah al-Ikhlas 10 kali juga. Hal ini seperti hadis daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melaksanakan solat dhuha, bacalah pada rakaat pertama surah al-Fatihah dan ayat Kursi 10 serta pada rakaat yang kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah al-Ikhlas 10 kali, pasti ia mendapat keredaan yang terbesar daripada Allah.”
Demikianlah, wallahualam.
Baca Selanjutnya...

Cara solat khas untuk wanita


“Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa’”
Sebuah artikel khusus dipinjam untuk tatapan para muslimah dan mukminah. Walaupun penulis asalnya tidak dapat dikenalpasti namun mudah- mudahan banyak darinya dapat kita jadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH.
Selamat menimba ilmu..
Baiki cara solat khas untuk perempuan. Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.
Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan2 perempuan anda dan isteri.
Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Bila pergi solat di tempat awam, lihat macam2 gaya org dirikan solat, baru kini timbul kesedaran utk kongsi cara betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.
Bagaimana solat yg tidak berkualiti diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.
Dua perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :
  1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.
  2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.
Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu.
Antaranya:
1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
 2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,
rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.
Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.
Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.
‘Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'.
**Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda ,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Baca Selanjutnya...

Doa Dhuha yg sungguh merdu


Jom dengar dan kongsi bersama. Bagi mereka yang nak bagi anak-anak hafal, ini cara yang paling berkesan. Anak-anak lebih mudah menghafal sesuatu dalam bentuk lagu dan alunan yang merdu.

Baca Selanjutnya...

Terbeban dengan hutang?


Nabi ajarkan cara untuk menghilangkan keresahan melalui Hadis Riwayat Abu Daud 4/353:
Abu Said Al-Khudhri RA berkata: “Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana.
Beliau bertanya: ”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?” Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.” Beliau bertanya: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?”
Dia menjawab: ”Sudah tentu ya Rasulullah.”
Beliau bersabda,”Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.”

Tak boleh membaca dengan lafaz Arab? Bahasa Melayu pun boleh.. Sungguh Allah itu Maha Mengerti..
Baca Selanjutnya...