Pages

Showing posts with label NIKAH KAHWIN. Show all posts
Showing posts with label NIKAH KAHWIN. Show all posts

Tuesday, 22 May 2012

CIRI SUAMO AWESOME, MENGIKUT USTAZ AZHAR IDRUS

  1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
  2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
  3. boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
  4. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
  5. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
  6. apatah lagi mandi-mandi yang lain.
  7. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
  8. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah. 
  9. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
  10. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
  11. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
  12. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
  13. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
  14. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
  15. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
  16. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
  17. Jenis senyum sokmo.
  18. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)
 
( dipetik dari koleksi ceramah Ustaz Azhar Idrus )
Baca Selanjutnya...

Monday, 21 May 2012

SIFAT-SIFAT ISTERI SOLEHAH



Pertama : Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami jika diajak untuk berhubungan.

Kerana sifat ini sangat ditekankan oleh Nabi s.a.w.

Nabi memerintahkan seorang isteri untuk segera memenuhi hasrat seorang suami dalam keadaan bagaimana pun. Bahkan baginda bersabda: “Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri itu menolak. Kemudian, suami itu bermalam dalam keadaan marah, maka isterinya itu dilaknat oleh para malaikat hingga waktu pagi.”

---------

Kedua : Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat. Allah berfirman :

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

Maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). (An-Nisa' : 34)

Qotadah r.a berkata فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ "Iaitu wanita-wanita yang taat kepada Allah dan kepada suami-suami mereka" (Ad-Dur al-Mantsuur 4/386)

Terkadang pendapat suami bertentangan dengan pendapat isteri, kerana pendapat isteri lebih baik. Seorang isteri yang solehah hendaknya ia menyampaikan pendapatnya tersebut kepada suami akan tetapi ia harus ingat bahwasanya segala keputusan berada di tangan suami, apa pun keputusannya selama tidak bertentangan dengan syari'at.

---------

Ketiga : Selalu tidak bermasam muka terhadap suami.

Keempat : Sentiasa berusaha memilih perkataan yang terbaik tatkala berbicara dengan suami.

Sifat ini sangat diperlukan dalam keutuhan rumah tangga, betapa terkadang perkataan yang lemah lembut lebih berharga di sisi suami dari banyak pelayanan. Dan sebaliknya betapa sering satu perkataan kasar yang keluar dari mulut isteri membuat suami marah dan melupakan kebaikan-kebaikan isteri.

Yang jadi masalah terkadang seorang isteri tatkala berbicara dengan sahabat-sahabat wanitanya maka ia berusaha memilih kata-kata yang lembut, dan berusaha menjaga perasaan sahabat-sahabatnya tersebut namun tidak demikian jika dengan suaminya.

---------

Kelima : Tidak memerintahkan suami untuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan wanita, seperti memasak, mencuci, memandikan dan mencebok anak-anak.

Keenam : Keluar rumah hanya dengan izin suami.

Ketujuh : Berhias hanya untuk suami.

Tidak sebagaimana sebahagian wanita yang hanya berhias tatkala mahu keluar rumah sebagai hidangan santapan mata-mata nakal para lelaki.

---------

Kelapan : Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan suami masuk/bertamu ke dalam rumah.

Kesembilan : Menjaga waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.

Kesepuluh : Menghormati mertua serta kerabat keluarga suami.

Terutama ibu mertua, yang suami sangat ditekankan oleh Allah untuk berbakti kepadanya. Seorang isteri yang baik harus mengalah kepada ibu mertuanya, dan berusaha mengambil hati ibu mertuanya. Bukan malah menjadikan ibu mertuanya sebagai musuh, meskipun ibu mertuanya sering melakukan kesalahan kepadanya atau menyakiti hatinya. Paling tidak ibu mertua adalah orang yang sudah berusia lanjut dan juga ia adalah ibu suaminya.

---------

Kesebelas : Berusaha menenangkan hati suami jika suami gelisah, malah bukan banyak menuntut kepada suami sehingga menambah beban suami

Kedua belas : Segera minta maaf jika melakukan kesalahan kepada suami, dan tidak menunda-nundanya.

Nabi s.a.w bersabda :

" أَلاَ أُخْبِرُكُمْ ....بِنِسَائِكُمْ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ الْوَدُوْدُ الْوَلُوْدُ الْعَؤُوْدُ عَلَى زَوْجِهَا الَّتِي إِذَا غَضِبَ جَاءَتْ حَتَّى تَضَعَ يَدَهَا فِي يَدِ زَوْجِهَا، وَتَقُوْلُ : لاَ أَذُوْقُ غُمْضًا حَتَّى تَرْضَى"

"Mahukah aku kabarkan kepada kalian….tentang wanita-wanita kalian penduduk surga? Iaitu wanita yang penyayang (kepada suaminya), yang subur, yang selalu memberikan manfaat kepada suaminya, yang jika suaminya marah maka ia pun mendatangi suaminya lantas meletakkan tangannya di tangan suaminya seraya berkata, "Aku tidak boleh tenteram tidur hingga engkau redha kepadaku" (Dishahihkan oleh Al-Albani dalam As-Sahihah no 287)

Kerana sebahagian wanita memiliki sifat angkuh, bahkan malah sebaliknya menunggu suami yang minta maaf kepadanya.

---------

Ketiga belas : Mencium tangan suami tatkala suami hendak bekerja atau pulang dari pekerjaan.

Keempat belas : Mahu diajak oleh suami untuk solat malam, bahkan bila perlu mengajak suami untuk solat malam.

Rasulullah s.a.w bersabda:

رَحِمَ اللهُ رَجُلاً قَامَ مِنَ الّليْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّتْ, فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ. وَ رَحِمَ اللهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ الّليْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَصَلَّى, فَإِنْ أَبَى نَضَحَت فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ

“Semoga Allah merahmati seorang lelaki (suami) yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan ia membangunkan isterinya hingga isterinya pun solat. Bila isterinya enggan, ia percikkan air ke wajahnya. Dan semoga Allah merahmati seorang wanita (isteri) yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan ia membangunkan suaminya hingga suaminya pun solat. Bila suaminya enggan, ia percikkan air ke wajahnya.” (H.R. Abu Daud no 1308)

Nabi s.a.w juga bersabda:

إِذَا أَيْقَظَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ مِنَ اللّيْلِ فَصَلَّيَا أَوْ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ جَمِيْعًا، كُتِبَا في الذَّاكِرِيْنَ وَالذَّاكِرَاتِ

“Apabila seorang lelaki (suami) membangunkan isterinya di waktu malam hingga keduanya mengerjakan solat atau solat dua rakaat semuanya, maka keduanya dicatat termasuk golongan laki-laki dan perempuan yang berzikir.” (H.R. Abu Daud no 1309)

Dalam riwayat yang dikeluarkan An-Nasa`i disebutkan dengan lafadz:

إِذَا اسْتَيْقَظَ الرَّجُلُ مِنَ اللّيْلِ وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّيَا رَكْعَتَيْنِ, كُتِبَا مِنَ الذَّاكِرِيْنَ اللهَ كَثِيْرًا وَالذَّاكِرَاتِ

“Apabila seorang lelaki (suami) bangun di waktu malam dan ia membangunkan isterinya lalu keduanya mengerjakan solat dua rakaat, maka keduanya dicatat termasuk golongan laki-laki dan perempuan yang banyak mengingat/berdzikir kepada Allah.”

---------

Kelima belas : Tidak menyebarkan rahsia keluarga terlebih lagi rahasia ranjang. Bahkan berusaha menutup aib-aib suami, serta memuji suami agar menambahkan rasa sayang dan cintanya.

Keenam belas : Tidak membentak atau mengeraskan suara di hadapan suami.

Ketujuh belas : Berusaha untuk bersifat qana'ah (menerima apa yang ada dan redha) sehingga tidak banyak menuntut harta kepada suami.

Kelapan belas : Tidak menunjukkan kesedihan tatkala suami sedang bergembira, dan sebaliknya tidak bergembira tatkala suami sedang bersedih, akan tetapi berusaha pandai mengikut suasana hatinya.

Kesembilan belas : Berusaha untuk memperhatikan kesukaan suami dan jangan sampai suami melihat sesuatu yang buruk dari dirinya atau mencium sesuatu yang tidak enak dari tubuhnya.

Kedua puluh : Berusaha mengatur wang suami dengan sebaik-baiknya dan tidak boros, sehingga tidak membeli barang-barang yang tidak diperlukan.

Kedua puluh satu : Tidak menceritakan kecantikan dan sifat-sifat wanita yang lain kepada suaminya yang mengakibatkan suaminya boleh mengkhayalkan wanita tersebut, bahkan membanding-bandingkannya dengan wanita lain tersebut.

Kedua puluh dua : Berusaha menasihati suami dengan baik tatkala suami terjerumus dalam kemaksiatan, bukan malah ikut-ikutan suami bermaksiat kepada Allah, terutama di masa sekarang ini yang terlalu banyak kegemerlapan dunia yang melanggar syari'at Allah.

Kedua puluh tiga : Menjaga pandangannya sehingga berusaha tidak melihat kecuali ketampanan suaminya, sehingga jadilah suaminya yang paling tampan di hatinya dan kecintaannya tertumpu pada suaminya.

Tidak sebagaimana sebahagian wanita yang suka membanding-bandingkan suaminya dengan para lelaki lain.

---------

Kedua puluh empat : Lebih suka menetap di rumah, dan tidak suka sering keluar rumah.

Kedua puluh lima : Jika suami melakukan kesalahan maka tidak melupakan kebaikan-kebaikan suami selama ini. Bahkan sekali-kali tidak mengeluarkan perkataan yang mengisyaratkan akan hal ini. Kerana sebab terbesar yang menyebabkan para wanita dipanggang di api neraka adalah tatkala suami berbuat kesalahan mereka melupakan dan mengingkari kebaikan-kebaikan suami mereka.


Baca Selanjutnya...

Friday, 11 May 2012

TAKUT KAHWIN - PART 4


Ustaz Azhar Idrus
Baca Selanjutnya...

TAKUT KAHWIN - PART 3


Ustaz Azhar Idrus
Baca Selanjutnya...

Thursday, 10 May 2012

TAKUT KAHWIN - PART 2


Ustaz Azhar Idrus
Baca Selanjutnya...

TAKUT KAHWIN - PART 1


Ustaz Azhar Idrus


Baca Selanjutnya...

Friday, 20 April 2012

CARA MENDAPATKAN KEBERKATAN DALAM RUMAHTANGGA


1. Dari Saidatina Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda; "sesungguhnya sebesar-besar keberkatan di dalam rumahtangga ialah yang sederhana perbelanjaannya (tujuan berumahtangga ialah untuk membina keluarga bahagia)".

2. Ibnu Abad meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda; "sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan maskahwinnya".

3. Lakukan akad nikah di tempat yang mulia seperti di dalam masjid atau surau kerana di dalam masjid itu penuh dengan barakah, rahmat dan hidayah Allah (barakah, rahmat dan hidayah amatlah perlu di dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat).

4. Lakukan akad nikah pada malam atau siang Jumaat kerana hari Jumaat termasuk di dalam empat hari yang dipilih oleh Allah dan hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pada malam atau siang Jumaat akan digandakan sehingga 70 kali ganda pahalanya.

5. Carilah saksi akad yang soleh dan bukan yang fasiq.

6. Suami isteri di dalam keadaan berwudhuk semasa akad nikah.

7. Khalifah Saidina Umar Ibnu Khattab r.a berkata; "Janganlah kamu meminta maskahwin terlampau tinggi bagi anak-anak perempuan kamu kerana Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah bernikah atau dinikahkan putrinya dengan maskahwin lebih daripada 4 dirham"

8. Dua atau tiga hari sebelum akad nikah eloklah membaca "Istighfar" 100 kali kerana barangsiapa membacanya sebanyak 100 kali akan mendapat tiga kebaikan;
i) dilepaskan dukacita
ii) ditunjukkan jalan keluar jika bermasalah
iii) mendapat rezeki yang tidak diduga

9. Buat sembahyang Sunat Taubat (mohon keampunan kepada Allah sebelum masuk ke alam rumahtangga).
Cara-caranya ialah;

i) Lakukan selepas solat Maghrib atau Isya' atau sebelum tidur
ii) Niatnya, (didalam hati "sahaja aku sembahyang sunat taubat dua rekaat kerana Allah Taala")
iii) Rakaat pertama; baca doa Iftitah, Al-Fatihah dan surah Al-kafirun
iv) Rakaat kedua; baca Al-fatihah dan surah Al-Ikhlas
v) Selepas memberi salam bacalah doa
vi) Berdoa

10. Kedua-dua pasangan kemudiannya hendaklah memohon ampun daripada ibu bapa serta memohon doa restu daripadanya.

11. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin lelaki);

i) Solat Maghrib berjemaah, khatam Al-Quran, Tahlil dan doa selamat
ii) Solat Isya' berjemaah
iii) Berselawat atas Nabi
iv) Tazkirah ringkas
v) Jamuan sekadarnya

12. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin perempuan);

i) Solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yaasin, Tahlil dan doa selamat
ii) Solat Isya' berjemaah
iii) Selawat dan Marhaban
iv) Syarahan agama berkaitan rumahtangga

Pada keesokkan harinya diadakan majlis khatam Al-Quran.


LAKUKAN AKAD NIKAH DI DALAM MASJID DENGAN TUJUAN KITA MENGHAYATI PERKARA-PERKARA DI BAWAH INI

1. Asal usul berlaku nikah kahwin di antara Nabi Adam dengan Hawa di tempat yang penuh mulia, penuh nikmat, rahmat dan berkat (Syurga).

2. Apabila nikah kahwin itu perintah Allah, maka ianya adalah ibadah kepada Allah.

3. Supaya mendapat lebih keberkatan, rahmat dan hidayah yang sangat-sangat diperlukan di dalam kehidupan di dunia sebagaimana maksud ayat 96 surah Al-Imrah iaitu; "rumah ibadah yang mula-mula yang Allah perintah bina di muka bumi ini ialah Ka'abah yang penuh dengan barakah dan hidayah seluruh alam semesta".

4. Mudah hendak melakukan ibadah yang bersangkut paut dengan majlis akad nikah.


PERCINTAAN SELEPAS KAHWIN ITULAH YANG PALING DIREDHAI ALLAH

Sekiranya percintaan sebelum perkahwinan terjadi, batas perhubungan hendaklah dijaga, antaranya:

1. Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.
2. Menjaga maruah dan harga diri masing-masing.
3. Mendapat restu dan kebenaran ibu bapa.
4. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki diredai dan diberkati Allah.
5. Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.

sumber : Alam Informasi



Baca Selanjutnya...

Thursday, 5 April 2012

KAMU KAHWIN KERANA APA???




Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka... pasangan rajin bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….
 
sumber : dunia macam-macam
 
 
 
Baca Selanjutnya...

Tuesday, 3 April 2012

TANGGUNGJAWAB SUAMI


Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam.


Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan.

Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya.

1) Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.

2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini.
Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.

TETAPI Ada segolongan SUAMI yang mengizinkan isteri bekerja kerana mahu dirinya DIBANTU untuk menyara keluarga, MALANGNYA Gaji si isteri itu pula DI MONOPOLI oleh suami kerana beranggapan Wang Gaji isteri itu adalah HAKnya berdasarkan keizinan yang dberikannya..Ini adalah suatu pendapat yang salah dan bertentangan dengan Syarak kerana sudah timbul KEZALIMAN suami terhadap isterinya sendiri.
Baca Selanjutnya...

Tuesday, 27 March 2012

PETUA MENYESUAIKAN DIRI DENGAN MENTUA




1. Jangka dan terima hakikat bahawa konflik personaliti akan berlaku. Ingatkan bahawa semua keluarga mengalami proses yang sama. Generasi-generasi berbeza tentu mempunyai idea berlainan. Maka dengar pendapat mentua anda dan pada masa yang sama, luahkan pandangan anda jika anda tidak bersetuju. Kebanyakan masa, niat mentua anda baik walaupun mereka tidak berkomunikasinya dengan baik.

2. Sedar bahawa anda masih dapat menjalin hubungan yang baik dan sopan dengan mentua anda walaupun tidak bersetuju dengan mereka kebanyakan masa. Kuncinya, belajar cara menyelesaikan percanggahan pandangan secara hormat dan sopan. Sebagai contoh, cubalah jangan menentang mereka di depan awam demi menjaga air muka dan maruah mereka.

3. Sebagai ibu bapa, anda perlu ingat bahawa diri anda yang perlu membuat keputusan bagaimana anda mahu membesarkan anak anda. Keutamaan perlu diberikan untuk membuat keputusan terbaik untuk anak anda, bukan semata-mata demi mangambil hati mentua atau ibu bapa anda sendiri.

4. Minta pandangan atau pendapat mentua dan sentiasa terbuka kepada idea dan kritikan. Ada kalanya mereka betul. Ia bukan mudah untuk mengakui kesalahan dan menerima kritikan membina mereka.

5. Sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan mentua. Kenyataannya, mentua memainkan peranan penting dalam kehidupan anak anda dan disebaliknya. Kebanyakan kali anda mungkin tidak bersetuju, tetapi ia penting untuk memberi peluang kepada mentua anda untuk menghabiskan masa berkualiti mereka bersama anak anda.

6. Anda patut bersyukur jika mendapat mentua yang memahami. Namun, anda perlu menjaga keharmonian dan bekerjasama dengan mereka, sambil menghormati batas sempadan wilayah masing-masing dan mengekalkan komunikasi terbuka. Ingatlah, walau apa pun yang berlaku, mereka tetap sebahagian penting daripada keluarga anda.


Baca Selanjutnya...

SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT



Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian.

Hakikat Pertengkaran


1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.

2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.

3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah perkahwinan, di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana khuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.

6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.




Baca Selanjutnya...

Monday, 26 March 2012

ISTERI YANG MAHAL DARI PADANGAN ISLAM


Isteri yang mahal dari pandangan Islam ialah isteri yang tidak meletakkan darjat & kemuliaannya kepada wang, tetapi kepada iman, kasih, jiwa dan hatinya. Kalau diletakkan nilainya kepada wang, wang akan hilang. Kalau diletakkan kepada iman, kasih serta hatinya ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga. - Ustaz Zaharuddin

Baca Selanjutnya...

PETUA MEMILIH CALON ISTERI/SUAMI



Seorang remaja pernah bertanya padaku..

Jika kita nak kahwin, macam mana kita nak tahu peribadi si dia, seandainya kita tak berkawan dulu? '' ana tersenyum..

Ermm.. tentu susahkan nak tahu peribadi sorang lelaki/perempuan, lebih² lagi, bagi kita yang menjaga ikhtilad..tapi, ana ingin berkongsi, cara nak tahu peribadi si dia..
...
Lihatlah bagaimana ia menawarkan cintanya pada kita. Jika ia menawarkan cintanya dengan berkenalan, couple ,jumpa, dating, sms, fb, call.. tentunya cinta itu terlalu rapuh.

Tapi, jika ia menawarkan cintanya dengan meminta pertolongan orang tengah yang dipercayai peribadinya. Insya Allah, inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Lebih yakin lagi, jika si dia meminta (dari orang yang dipercayai peribadinya) agar dicarikan untuknya. SubhanAllah! Di sini tergambar keindahan tawakalnya pada Allah dalam memilih calon suami/isterinya. Tentu suami/ isterinya juga soleh dan solehah kan..


Baca Selanjutnya...

Saturday, 24 March 2012

CINTA PADA SUAMI YANG SEMAKIN PUDAR




Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemi selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh menaip dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”

“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun.. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Baca Selanjutnya...

Thursday, 22 March 2012

PERKARA YANG HARUS DIKETAHUI SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG


Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.



Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?

(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.



Baca Selanjutnya...

Monday, 12 March 2012

TIDUR BERBANTALKAN LENGAN SUAMI



Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (mengikut satu kajian) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang.

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya

Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda.

(pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu betapa asyik dan rilexnya)…FAKTA

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangaNlah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?

 sumber : Ustaz Nasir


Baca Selanjutnya...

Thursday, 8 March 2012

PETUA MENGASIHI SUAMI



1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna .. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Baca Selanjutnya...

Saturday, 3 March 2012

7 ALASAN NAK KAHWIN


Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥

wallahua'lam ^_^'
Baca Selanjutnya...

Friday, 2 March 2012

NASIHAT PERNIKAHAN


1.  Jangan mengukur cinta suami dengan jumlah nominal nafkah yang diberi.

2.  Bersolek dan berhiaslah saat suami di rumah.

3.  Sambutlah suami saat pulang ke rumah.

4.  Rawatlah kesihatan badan dan penampilan, kerana kesan mendalam adalah pandangan, percakapan dan aroma badan.

5.  Bersikaplah saling pengertian dan toleransi.

6.  Jauhilah sikap cemburu buta. Sebab dari situlah awal perceraian. Berhiaslah sebaik mungkin. Pakailah wangi-wangian dan sebaik-baik wangi-wangian adalah menyempurnakan wuduk.

7.  Jangan membuka rahsia (peribadi) kepada orang lain.

8.  Bersikap objektif dalam berfikir.

9.  Tersenyumlah dengan penuh kasih sayang saat berjumpa.

10.  Jangan terpengaruh dengan perkataan orang lain tentang suami, kerana mungkin sahaja mereka mempunyai niat tertentu.

11. Beberapa nasihat cendekiawan kepada pasangan suami isteri :
  • Berikan hadiah kepada pasangan. Sebaik-baik hadiah adalah ucapan yang baik.
  • Bila berjauhan, hubungilah dia melalui telefon untuk menanyakan keadaannya.
  • Ciptakan suasana yang menyenangkan, mesra dan romantik.
12.  Bersikaplah sabar, bijaksana, bertanggungjawab, saling menepati janji, saling mencintai, saling percaya dan luruskanlah kekeliruan yang ada dengan cahaya aturan islam.

13.  Ciptakan suasana yang nyaman dan menyenangkan agar suami betah di rumah.


Dikutip dari Kitab Al-Qamus fii ma Yahtaju Ilaih Al'Arus, karya Salih Ghazali


Baca Selanjutnya...

Wednesday, 15 February 2012

USAHLAH TERLALU MEMILIH


Rasulullah s.a.w pada suatu hari berkata kepada seorang sahabat dari kaum Ansar: Wahai fulan nikahkanlah puterimu kepadaku!. Maka sahabat tersebut berkata: Tentu ya Rasulullah dan semoga Allah menyedapkan pandangan matamu. Rasulullah s.a.w berkata: Akan tetapi aku menginginkan puterimu bukan buat diriku. Ia berkata: Buat siapa ya Rasulullah?. Rasulullah s.a.w berkata: Buat Julaibib. Ia berkata: Ya Rasulullah, (tunggu dulu) hingga aku bermusyawarah dengan ibunya.
Lalu ia pun mendatangi isterinya dan berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengkhitbah puterimu. Isterinya berkata: Tentu, dan semoga Allah menyedapkan pandanganmu. Ia berkata: Akan tetapi bukan untuk dirinya. Isterinya berkata: Kalau begitu buat siapa?. Ia berkata: Buat Julaibib. Isterinya berkata: Celaka puteriku, buat si Julaibib? Tidak, aku tidak akan menikahkannya dengan si Julaibib!

Tatkala ia berdiri hendak menemui Nabi s.a.w (untuk memberi tahu hasil musyawarahnya dengan isterinya) maka puterinya berkata dari balik kamarnya kepada ibunya: Apakah kalian menolak perintah Rasulullah? Bawalah aku kepada Rasulullah s.a.w, sesungguhnya baginda s.a.w tidak akan mensia-siakan aku! Maka sahabat Ansar tersebut membawa puterinya kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Aku serahkan urusannya kepadamu. Maka Rasulullah s.a.w pun menikahkannya dengan Julaibib.

(H.R. Ahmad dan Ibnu Hibban)


Baca Selanjutnya...