Pages

Friday 1 June 2012

TELINGA – Lazimkan Mendengar Yang Baik.




Telinga adalah pancaindera yang dikurniakan oleh Allah s.w.t untuk mendengar hal-hal yang baik dan positif, yang boleh membawa kita kepada kejayaan di dunia dan akhirat.

Menadah telinga untuk mendengar cacian, umpatan, gosip dan kata-kata nista perlu kita elakkan sama sekali. Gunakanlah telinga untuk mendengar perkara-perkara bermanfaat dan boleh membawa kita mendekatkan diri kepada Allah. Contohnya iringilah telinga dengan ayat-ayat suci al-Quran dan Hadis, mendengar ceramah agama serta motivasi dan sebagainya.

Jika telinga hanya digunakan untuk mendengar lagu-lagu dan muzik kegemaran sepanjang hari sehingga lupa ilmu-ilmu agama, tidak mustahil ia akan mengeras dan mematikan hati.

Telinga juga amat berkaitan dengan lidah kerana fungsi telinga mendengar kata-kata yang diluahkan melalui lidah. Tetapi inglah firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nur: 24:”…. Pada hari (ketika lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.”

Sebab itu, lazimkan diri untuk mendengar yang baik-baik dan positif agar kita selamat di akhirat, begitu juga di dunia. Apabila membiasakan diri mendengar kata-kata positif, kita akan lebih bermotivasi dan Insya-Allah beroleh kejayaan dalam bidang diceburi.

sumber : Majalah IMAN Bil: No 2

No comments:

Post a Comment