Mulut? Kalau dapat direnungkan antara dua faktor yang menyebabkan keracunan iman seseorang berpunca daripada mulut.
PERTAMA
Ketajaman mulut melebihi mata pedang.
Allah berfirman dalam surah al-Isra' ayat 53 :-
"Dan katakan kepada hamba-hamba-Ku: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar); sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia."
Mulut yang lancang berbicara tanpa memikirkan perasaan orang yang mendengarnya akan mengakibatkan perselisihan di antara mereka. Di dalam mulut ada sekeping daging yang tidak bertulang namun bisanya umpama sengat ular. Daging itu juga berupaya memutar belitkan kebenaran, mencela, mengumpat dan berkata keji.
KEDUA
Kita akan mengikuti apa yang dimahukan oleh nafsu apabila nafsumenjadi pemandu dan manusia menjadi kenderaannya. Dapat kita perhatikan waktu makan, ikutkan nafsu passti kita akan menelani segala makanan yang terhidang sehingga terlalu kenyang menyukarkan diri untuk bangkit beribadah pada Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda :-
"Ada seketul daging dalam tubuh manusia jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya, tetapi jika jahat daging itu, maka jahat seluruhnya dan ketahuilah daging adalah hati."
Apakah bahan yang membentuk hati ?
Ia adalah makanan yang kita makan daripada sumber apa iaitu HALAL atau HARAM.
Tujuan cipataan mulut antaranya adalah sentiasa berzikir pada Allah s.w.t, melahirkan ucapan yang disenangi orang lain, menyatakan kesyukuran dan kebesaran Allah, menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar dan menyampaikan risalah Allah dan Rasulullah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :-
"Hendaklah kami berkata baik ataupun diam."
Diam yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w mengandungi banyak hikmahnya, antaranya :-
- Apabila kurang bercakap kita akan lebih berfikir dan apabila lebih berfikir,akal akan menjadi lebih tajam.
- Fikiran yang tajam akan menjamin tindakan yang kita lakukan adalah berlandaskan keimana, bukan pada nafsu.
- Kurang dosa kerana banyak bercakap banyak dosa. Apabila banyak dosa, kurang malu. Apabila kurang malu manusia akan seenaknya membuat maksiat sesuka hati.
- Tidak menyakiti perasaan orang lain meskipun kita tidak berniat untuk menyakiti perasaannya.
- Dapat menilai baik dan buruk sesuatu tindakan kerana tatkala kita banyak berkata ia akan menyukarkan hati untuk menyelidiki dan menilai.
Kesimpulannya, jika mulut diciptakan berpasangan, maka akan bertambahlah 'maksiat' seseorang itu kerana memelihara mulut yang satu inipun banyak ujiannya. Jadi kurangkan bercakap, banyakkan mendengar.
Wallahualam......
Sumber : Majalah Gen-Q
No comments:
Post a Comment