Pages

Monday 22 February 2016

HUTANG DENGAN ALLAH



Dalam kehidupan kita seharian, kita memang banyak berhutang. Hutang wajib di tunaikan. Apatah lagi hutang dengan Allah. 

Dari Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhumaa : 

Datang seseorang pada Nabi saw dan berkata: 

Wahai Rasulullah (saw), Sungguh ibuku wafat dan ia mempunyai hutang puasa satu bulan, apakah aku membayarnya untuknya?,

 sabda Rasulullah saw : 

“Betul, dan Hutang pada Allah (swt) lebih berhak untuk ditunaikan”

(Shahih Bukhari)

Solat adalah salah satu hutang yang kita perlu bayar jika kita meninggalkannya. Dalam kata jika kita pernah meninggalkan solat, kita wajib untuk mengqadakan semua solat yang pernah kita tinggalkan, sehinggalah kita merasakan solat yang diqadakan itu sudah melebihi bilangan solat yang kita pernah tinggalkan. 


Siapa Perlu Mengqadakan Solat

Para ulama sepakat bahawa mengqadha' solat itu wajib bagi orang yang lupa atau tertidur, sebagaimana dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW: 

"Sebenarnya bukanlah termasuk lalai kerana tertidur. Kelalaian itu ialah di waktu bangun. Maka apabila seseorang lupa solat atau ia tertidur, hendaklah ia melakukannya jika telah ingat atau sedar".

Orang yang pengsan, tidak perlu mengqadha' solatnya, kecuali bia ia sedar itu cukup waktu untuk bersuci dan bersolat.

Adapun orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka menurut mazhab Jumhur ia berdosa dan wajib mengqadha'. Sebaliknya Ibnu Taimiyah berkata: "Orang yang sengaja meninggalkan solat, tidaklah diperintah oleh syarak mengqadha' dan jika diqadha' juga maka tidak sah, hanya ia harus memperbanyak solat sunat".

Waktu Mengqadakan Solat

Kemudian menurut Abu Hanifah, Malik dan Syafei berpendapat bahawa ia harus mengqadha' bila waktunya habis, bahkan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat atau beberapa solat, ia boleh mengqadha' sebelum solat yang waktunya hadir, ini bila yang sengaja ditinggalkan itu lima kali solat atau kurang, baik waktu hadir itu sudah habis atau belum. Namun kalau lebih dari lima waktu, maka dimulai dengan solat yang hadir waktunya itu.

Oleh itu sebagai manusia kita perlu sentiasa membuat kira-kira berapa banyakkah bilangan hutang kita dengan Allah, i.e solat yang pernah kita tinggalkan setelah usia baligh. Sekurang-kurangnya kita berusaha membayar hutang kita kepada Allah.

 Disamping itu perbanyakkanlah solat sunat untuk memastikan kelompongan solat kita diisi dengan sempurna. Moga-moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Sumber : Blog Santai

No comments:

Post a Comment