Pages

Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Tuesday, 7 August 2012

PERINGATAN BUAT LELAKI



Baca Selanjutnya...

MANFAAT SEDEKAH

Baca Selanjutnya...

Friday, 18 May 2012

MERAWAT AMARAH




Maklumat-maklumat yang dikongsikan diambil daripada petikan-petikan artikel dan majalah. Semoga apa yang dikongsikan di sini memberi manfaat kepada kita semua.
Baca Selanjutnya...

Wednesday, 16 May 2012

5 IDEA KUASA MENIRU LUAR BIASA

Tip Pertama:

Jika anda ingin cemerlang anda menirulah dari pembacaan orang-orang yang hebat, orang-orang yang bijak, orang-orang cemerlang dan orang-orang yang baik. Ini kerana apa yang anda baca maka itulah yang akan diprogramkan oleh minda anda setiap kali anda membacanya.

Tip Kedua :

Jika anda ingin Berjaya. Anda menirulah daripada apa yang dilihat oleh orang-orang yang Berjaya. Inin kerana apa yang anda lihat maka itulah yang akan diprogramkan oleh minda anda setiap kali apa yang anda lihat. Jika kejayaan yang anda lihat maka kejayaan itulah yang anda akan kecapi.

Tip Ketiga :

Jika anda ingin mendengar hasil kejayaan anda makan Anda menirulah deripada apa yang anda dengar daripada kisah-kisah orang yang cemerlang, orang yang Berjaya. Ini kerana apa yang anda dengar maka itulah yang akan diprogramkan oleh minda untuk menjadikan anda lebih bersemangat untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh demi mencapai apa yang anda inginkan.

Tip Keempat :

Jika anda ingin menjadi orang yang hebat di dunia dan akhirat maka anda menirulah apa yang dicakapkan atau diperkatakan daripada kisah-kisah orang yang hebat, orang yang Berjaya. Ini kerana apa yang anda dengar daripada apa yang mereka perkatakan, maka itulah yang akan diprogramkan oleh minda anda untuk anda terus mengingati daripada apa yang diucapkan.

Tip Kelima :

Jika anda ingin merasai nikmat kejayaan, kecemerlangan, kehebatan diri anda maka anda perhatikanlah apa yang dirasai oleh orang yang telah pun Berjaya memliliki nikmat kejayaan dan kecemerlangan tersebut, maka daripada perasaan itulah yang akan diprogramkan oleh minda anda untuk anda merasai sendiri nikmatnya. Hasil daripada kejayaan dan kecemerlangan. Inilah rahsia kehebatan meniru melalui deria dalaman diri anda sendiri.

sumber :  Majalah Fokus SPM Bulan April 2012

Baca Selanjutnya...

Friday, 20 April 2012

DUIT ANDA TAK PERNAH CUKUP?....


DUIT ANDA TAK PERNAH CUKUP?....AMALKAN BERSEDEKAH MENGIKUT KEMAMPUAN…. INSYAALLAH, REZEKI ANDA TURUN DENGAN LEBIH BANYAK.

Nabi saw. bersabda, “Tidaklah berkurang harta yang disedekahkan.” (HR Muslim)

Allah Ta’ala berfirman: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al- Baqarah ayat 261)

Nabi saw. bersabda, “Tiada datang waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun kepada manusia, lalu satunya berdoa, “Ya Allah, Berilah ganti bagi yang bersedekah.” (HR. Bukhari)

Allah Ta’ala berfirman: “Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki”. (Saba’ ayat 39).

Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah, sama ada laki-laki mau pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan ganjaran kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan kemarahan Allah dan menghindarkan dari su’ul khotimah (kesudahan buruk ketika mati).” (HR at-Tirmidzi)

Nabi saw. bersabda, “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Tirmidzi, 614)

Nabi saw. bersabda, “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” (HR. Thabrani, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Targhib, 873)


Baca Selanjutnya...

Thursday, 19 April 2012

PETUA TIDUR NABI MUHAMMAD S.A.W



SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur....
sumber : Menerjah Badai
Baca Selanjutnya...

PANTANG LARANG IBU SELEPAS BERSALIN



* Jangan Makan Ubi-ubian

* Pastikan Selalu Pakai Sarung Kaki

* Jangan Terlalu Aktif

* Jangan Tidur Tanpa Berlapik

* Jangan Sekali-kali Duduk Mencangkung

* Mandi Duduk di Bangku

* Rapatkan Kaki Semasa Tidur

* Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik

* Jangan Tidur Atau Keluar Rumah Waktu Senja


sumber : petuatradisional.com
Baca Selanjutnya...