Pages

Showing posts with label RAGAM MANUSIA. Show all posts
Showing posts with label RAGAM MANUSIA. Show all posts

Thursday, 19 July 2012

BILA????


Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni”
Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia”
Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku”
Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu”
Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

Bila jumpa status ni, orang akan baca dan membiarkannya begitu sahaja.
Padahal kita tak tahu dengan SHARE atau COPY benda ni kita dapat memberi kesedaran kepada orang lain sekaligus diri kita sendiri.

P/S : Kesimpulannya, jangan terlalu mudah membuat andaian... Jaga minda, jaga kata-kata dan jaga tindakan..JAGA HATI :)

Baca Selanjutnya...

Friday, 18 May 2012

HASAD DENGKI, GHIBTAH DAN MUNAFASAH


Hasad, Ghibtah dan Munafasah. Ketiga-tiga kalimah ini sama tetapi tidak serupa. Mereka mempunyai makna tersendiri walau agak mirip.

✔ Hasad Dengki. Berharap dan berusaha agar sesuatu nikmat yang dianugerahkan Allah kepada seseorang terhapus, luput dan lupus.

Hukum :

Haram mengikut sepakat ulama. Firman Allah s.w.t.:

wamin syarri haasidin idzaa hasada

5. dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki".
(Surah al-Falaq 113: 5)

Dalam ayat ini, Allah meminta kita berlindung daripada bahana dan bahaya hasad. Jika sesuatu itu perlu kita jauhi, maka lebih-lebih lagi hasad tidak patut berada dalam hati kita.


✔ Ghibtah (Iri Hati).Berharap nikmat yang dimiliki oleh orang lain turut dimilikinya tanpa berharap atau bercita-cita nikmat tersebut luput daripada orang lain.

Hukum:

Jika berkaitan dengan urusan dunia – harus.
Jika berkaitan dengan ibadah dan ketaatan – mustahab (sunat)

✔ Munafasah iaitu bersaing untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh orang lain.

Hukum:

Harus tetapi tidak perlu keterlaluan sehingga melangkaui batas kemampuan seorang manusia. Munafasah ini juga perlu terhad kepada ruang lingkup perkara-perkara yang dibenarkan agama dengan cara yang juga “patuh syariah”. Sebaik-baiknya bersainglah dengan diri sendiri berdasarkan konsep, “semoga hari ini lebih baik daripada semalam”

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak boleh hasad (ghibtah) kecuali kepada dua orang iaitu orang yang Allah anugerahkan kepadanya harta lalu dia infakkan pada jalan kebaikkan dan orang yang Allah berikan ilmu (al-Quran dan Sunnah), Ia menunaikan dan mengajarkannya.” (Muttafaq ‘alaih)

sumber : Majalah Solusi keluaran Isu 32.
Baca Selanjutnya...

HATI MATI DISEBABKAN 10 PERKARA



1. Kamu beriman kepada Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hakNya.

2. Kamu membaca kitab Allah (Al-Quran), tetapi kamu tidak beramal dengannya.

3. Kamu tahu Iblis itu musuh kamu, tetapi kamu masih lagi mengambilnya sebagai sahabat.

4. Kamu mendakwa kamu mencintai Rasulullah s.a.w., tetapi kamu meninggalkan sunnah dan pesanannya.

5. Kamu beriman dan ingatkan Syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk memperolehinya.

6. Kamu mengaku dan beriman serta takut kepada api Neraka, tetapi kamu masih lagi melakukan dosa.

7. Kamu percaya mati itu mesti berlaku, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk menghadapinya.

8. Kamu sentiasa mengambil tahu hal keburukan orang lain, tetapi kamu lupa untuk mengambil tahu hal-hal keburukan sendiri.

9. Kamu makan rezeki yang Allah bagi, tetapi kamu tidak pernah bersyukur.

10. Kamu sering menghantar orang mati ke kubur, tetapi kamu tidak pernah mengambil iktibar.

sumber : Najmie Kuantan
Baca Selanjutnya...

Thursday, 17 May 2012

DIALOG MODEN LAGI BERPAHALA MENYEBUTNYA


"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir." (Surah Qaaf - 50 : 18)
Baca Selanjutnya...

Tuesday, 15 May 2012

HIKMAH REDHA


"Percayalah Setiap Perkara Yang Berlaku, Ada Hikmah Di Sebaliknya.."
Baca Selanjutnya...

ADAB BERGURAU ♥

✔ Niat yang benar. Dibolehkan bergurau dengan niat menghilangkan rasa penat, bosan, lesu serta bagi menyegarkan jiwa supaya memperoleh semangat baru bagi meneruskan tugasannya sebagai hamba dan khalifah.

✔ Tidak berlebih-bihan dalam bergurau kerana Islam menuuntut agar bersederhana dalam setiap perkara. Terlalu kerap bergurau boleh menjatuhkan kewibawaan seseorang.

✔ Elakkan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau kerana mereka selalu menganggap serius setiap ucapan dan perbuatan walaupun sekadar gurauan.

✔ Tidak bergurau dalam perkara-perkara yang serius seperti talak, kahwin, rujuk, semasa menjadi saksi dan sebagainya.

✔ Tidak menakut-nakutkan seorang muslim. Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang Muslim membuat takut seorang Muslim yang lain.” (Riwayat Abu Daud)

✔ Berkata benar walaupun sedang bergurau. Inilah sunnah Rasullah s.a.w. sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya aku juga bergurau senda namun aku tidak mengatakan kecuali yang benar.” (Riwayat al-Tabarani)

✔ Jangan memperlekeh individu tertentu atau kelompok tertentu dengan tujuan untuk bergurau.

✔ Menjauhi bergurau dengan tangan dan kata-kata yang buruk. Allah berfirman yang bermaksud: “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka.” (Surah al-Isra’ 17:53)

✔ Tidak banyak ketawa. Rasullah s.a.w. telah mengingatkan umatnya agar tidak banyak ketawa berdekah-dekah: “Janganlah kalian banyak ketawa. Sesungguhnya banyak tertawa dapat mematikan hati.” (Riwayat Ibn Majah)

✔ Bergurau dengan orang yang sesuai seperti kanak-kanak sebagaimana gurauan Rasullah dengan Anas bin Malik dan Abu Umair.

Dipetik dan diubah suai daripada Ensaiklopedia Adab Islam Menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh Abdul Aziz bin Fathi al-Sayid Nada, edaran Telaga Biru Sdn Bhd.

sumber : Majalah Solusi keluaran Isu 30.
Baca Selanjutnya...

Monday, 14 May 2012

UJIAN DALAM HATI

Baca Selanjutnya...

Thursday, 10 May 2012

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT


Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sam
Baca Selanjutnya...

Tuesday, 24 April 2012

MALU YANG BERERTI



”Malulah kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Para sahabat menjawab, ”Wahai Nabi Allah, kami memang malu kepada Allah dan sentiasa memuji-Nya.” Nabi bersabda, ”Bukan begitu yang saya maksudkan. Tetapi, orang yang malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya mestilah menjaga kepala dan fikiran yang terkandung di dalamnya.

Hendaklah juga menjaga perut dan apa yang dikumpulkan di dalamnya, dan hendaknya dia mengingati maut dan bencana yang akan menimpanya.

Siapa yang menginginkan akhirat, maka dia mesti sanggup meninggalkan kegemerlapan hiasan dunia.” (HR Tirmizi)

Baca Selanjutnya...

Monday, 23 April 2012

MESEJ SEORANG KEKASIH KEPADA KEKASIHNYA





Lebih manis apabila segala perbuatan tersebut dilakukan selepas nikah ♥

Parempuan : Awk.. Kenape awk tak penah ajak sy tengk wayang atau keluar jalan2 macam pasangan lain?

Lelaki : Saje..

Perempuan : Saje ke atau awk malu nk kuar ngan sy?

Lelaki : Mana ada.

Perempuan : Kenape kita tak penah gayut malam2 macm pasangan lain?

Lelaki : Sebab sy nak jimat kredit..

Perempuan : Sampai hati awk kan? Kenape ye kwn sy panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awk tak pernah pun panggil saya ''sayang''?

Lelaki : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah..

--> Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 kekasihnya.. Beberapa minit kemudia dia menerima satu mesej...

Lelaki : Sy tak penah ajak awk kuar tngk wayang ngn jalan2 sbb nanti bila kita dah kahwin, awk takkan rasa boring nak kuar ngan sy dan sy nak saat tuh nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup sy.. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Mcm2 boleh terjadi kan? Sy tak nak gayut ngn awk mlm2 bukan sebab sy nk save kredit ke ape tapi sy tak nak diri sy hanyut dengar suara merdu awk.. Biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akan lebih menghargainya.. Sy tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya dan dpt menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. Sy sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri..

Perempuan : Sambil menangis terharu berkata " terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu.. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yg sah"
Baca Selanjutnya...

TITISAN DARAH DAN AIRMATA



Sabda Rasulullah s.a.w.
"Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad saw bersabda lagi :
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya.
Baca Selanjutnya...

Sunday, 22 April 2012

SOMBONG



“Orang yang sombong atau takabbur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain ditegurnya dengan keras dan kasar.” (Imam Al Ghazali)

Kesombongan itu juga dapat dilihat melalui tutur, seperti tidak mahu mengalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar dan mengikut nasihat.

Orang yang sombong atau takabbur ini mudah menghina orang lain dan akan marah jika ada yang mengatasinya, ia akan dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan akan berdendam dengan orang yang menandingnya.


Baca Selanjutnya...

Thursday, 19 April 2012

BAJET BAGUS


- merupakan pintu kepada riya, ujub, sum'ah dan takabbur. Biasanya orang yang bajet bagus ini merasakan dirinya serba bagus, penting, bijak hatta tidak memerlukan pandangan dan teguran orang lain.

1. Suka menunjuk - Riya'
2. Suka membesar diri - Takabbur
3. Suka dipuji - Sum'ah
4. Suka memuji diri - Ujub

Ya Allah, Engkaulah yang melorongkan kami kepada yang haq. Semoga kami tidak terlalai dengan bisikan syaitan. Ameen.

sumber : Hamba Allah

Baca Selanjutnya...

Wednesday, 18 April 2012

JANGAN MENUNDING JARI


Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup bagus.. Tapi kita lupa ada yang lebih bagus dari kita ..

Kadang kadang kita rasa kita dah betul sedangkan ada banyak kelemahan diri..

Jangan selongkar laci orang untuk mencari kesalahan sebaliknya kemaskan laci sendiri ..


Dan jika jumpa kesalahan , janganlah pura-pura tak nampak ...

Perbaikilah DIRI KITA DULU
 
 

 
Baca Selanjutnya...

Friday, 13 April 2012

KENAPA ORANG YANG MENGUMPAT PERLU DIHARGAI?


  • bila kita kena gumpat, itu maknan...ya orang tu ingat kita.
  • orang yang mengumpat sebenarnya orang yang 'baik', sebab dia nak 'transfer' pahala dia dekat kita..susah² aje.
  • orang yang mengumpat adalah penggemar setia kita yang banyak menghabiskan masa memikirkan kesalahan & kelemahan kita., jadi secara realitinya si pengumpat telah mengakui kehebatan kita. syukurlah.
  • si pengumpat sebenarnya cemburu dengan kita
Baca Selanjutnya...