Pages

Showing posts with label JENAKA. Show all posts
Showing posts with label JENAKA. Show all posts

Thursday, 12 April 2012

Topup RM10 Tahan Sampai 1 Bulan




Org kata pakai line lagi save dari prepaid..tapi korang mesti trperanjat dgn apa yang bakal aku citerkan ni..
top-pup RM 10 tp boleh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..

... Mungkin rezeki aku aritu, hari tu aku jmpa mak saudara aku, dia ajr macamna nak crossing account,
coz dia keje kt bahagian System Development Telecom.
kekadag aku tlg gak memenber terdekat topup, tp amik untung siket lahh..

Ok, secara simplenya aku terangkan kat korang, tapi INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korang..

Timing nya, korg boleh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..

1) beli topup RM 10... gesek & ready.
2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;
<01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diorg akn reply;

"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"

hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..

Lawak Petang..
Sumber: KahKahKah - Cerita Lawak
 
 
Baca Selanjutnya...

Monday, 19 March 2012

KISAH SATU MALAM


PADA MALAM ITU, Kuala Lumpur menjadi huru-hara. Warganya berlari ke sana dan ke sini. Kenderaan saling berlanggaran. Bangunan pencakar langit runtuh satu per satu. Bumi bergegar sekuat-kuatnya.

“Lari! Lari!”

Jeritan manusia kedengaran di sana dan di sini. Nuar terjaga daripada tidur lalu keluar dari rumahnya. Dia terkejut tatkala melihat seekor raksasa sebesar Menara Berkembar Petronas sedang m...
engamuk di KLCC. Dia menenyehkan matanya dengan jari kerana sukar mempercayai bahawa raksasa sudah sampai ke Kuala Lumpur.

“Adakah raksasa ini sudah bosan menyerang Jepun? Mengapakah dia membuat onar di sini pula?” tutur Nuar perlahan.

“Ini tidak boleh jadi, aku perlu memberitahu Ultraman!”

Lantas Nuar menekan satu butang khas pada jam tangannya. Melalui jam tangan itu, dia dapat memberitahu Ultraman bahawa raksasa sedang menyerang Kuala Lumpur.

“Ultraman, tolong datang segera! Kuala Lumpur dalam bahaya!”

Beberapa minit kemudian, kelibat Ultraman muncul di ruang angkasa Kuala Lumpur. Pertempuran hebat berlaku antara Ultraman dan raksasa itu. Mereka saling berlawanan semburan api sesama sendiri. Malangnya, api itu menyemarakkan lagi kebakaran yang rakus menjilat bangunan-bangunan di Kuala Lumpur. Hampir semua bangunan menjadi seakan-akan arang batu.

Raksasa itu telah memijak-mijak badan Ultraman sekuat hati. Ultraman menjadi semakin tidak bermaya. Lampu merah di dadanya mula berkelip-kelip.

Tidak lama selepas itu, datang pula ibu dan ayah Ultraman untuk membantu. Dengan sekali percikan api sahaja, akhirnya raksasa itu pun mati dan terus lesap tanpa meninggalkan kesan. Ibu dan ayah Ultraman pun membawa Ultraman pulang ke planet mereka. Nuar sempat melambaikan tangan ke arah Ultraman sekeluarga. Ultraman membalas lambaian itu.

Pada suatu sudut yang lain, beberapa orang ahli bomba sedang membersihkan kesan-kesan kemusnahan akibat pertempuran sebentar tadi.

“Tidak guna punya raksasa! Suka hati sahaja buat onar di sini. Sekarang, kita juga yang kena padamkan kebakaran ini,” rungut salah seorang ahli bomba tersebut.

“Ultraman pun sama. Tahu fire sahaja. Selepas itu terus balik.” Seorang rakan sekerja yang lain pula turut merungut.

Dengan tidak semena-mena, kedengaran satu suara.

“Nuar, kamu buat apa di luar rumah malam-malam buta ini? Mari masuk!”

Nuar menoleh ke belakang. Rupa-rupanya panggilan itu datang daripada ibunya. Nuar memandang ke hadapan semula. Ultraman sudah hilang. Kuala Lumpur menjadi seperti sediakala, seolah-olah tidak pernah ditimba kemusnahan. Nuar menenyehkan matanya sekali lagi.
 
Baca Selanjutnya...

Thursday, 8 March 2012

AJOI & MAMAK


Ajoi & Mamak
------------
Ajoi : dey mamak apa password WIFI kt sini?
Mamak : apa WIFI??
Ajoi : ini kedai punya internet la..
... Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tujupakale jugak
Ajoi : hah?
Mamak : "tujupakale..!"
Ajoi : Apa tu..
Mamak : Aiyoo. awk tnya passwordkan. tujupakale la..
Ajoi : Password dia tujupakale..
Mamak : ya..tujupakale.
Ajoi pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)
Ajoi : dey, apa nama password dia??
Mamak : tujupakale la. sudah tnya byk kali jugak. aiyoo!!
Ajoi : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik
Mamak : mana ada slah. tujupakale
Ajoi : x boleh la dey!!
Mamak : boleh la..
Ajoi : ko dtg sini tgk aku taip. (mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku luku!
Mamak : aiyoo abg jgn marah la. awk taip satu kali saya tengok (Ajoi pun taip)
Ajoi : ko tgk aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.Etgk,mana dapat!!
Mamak : dey, abg mari sini saya taip. awk kasi tekan salah butang jugak..
Ajoi : eh, ye ke. kau tekan la
Mamak : ini mcm tekan la 7777 sambil keluar lidah
Ajoi : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Ajoi : %@$#@%#!!!!...

kredit to Arif Iskandar Abdul Rahman
Baca Selanjutnya...

Tuesday, 6 March 2012

KEMBAR ZIZAN

sama ke ???

Baca Selanjutnya...

Monday, 5 March 2012

AWAS : JANGAN BERKENTUT DI DEPAN GAY


AWAS : Jangan berkentut dihadapan GAY

Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.

Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.

"Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa.
"A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.
Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja.

"Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu.
Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan. Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.

"Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu.
"A'ah lah... kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula.
Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.

"Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu.
"Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu.
Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.

Moral kepada lelaki : Jangan berkentut dihadapan GAY. AWAS!!



Baca Selanjutnya...

Saturday, 3 March 2012

KEJADIAN PELIK DI BILIK ICU


Elah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital
ternama kerap mengalami kejadian pelik..

Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut... Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur...

Beberapa doctor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.. Kemudian masuklah Makcik Bedah... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..Masuk. mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...

#kejam tak Makcik Bedah ni? haha


Baca Selanjutnya...

Tuesday, 28 February 2012

TIGA ORANG NENEK


Ada 3 orang nenek kat Rumah Orang Tua-Tua….
depa nie dok sembang dalam satu bilik.
Depa dok sembang pasal depa yg dah nyanyok.

Nenek 1 : Aku nie teruk betul la…kalau aku letak satu barang tu…aku dah tak ingat kat mana aku letak….

Nenek 2 : Itu kira okey ler….aku lagi teruk..kalau aku turun ke naik ke tangga…then kalau aku stop…aku dah tak ingat…aku turun ke naik…..

Nenek 3 : Apa la hang pa semua nie……aku yg tua dari korang pun stil okey lagi (ketawa sambil tangan mengetuk-ngetuk meja) Pastu…nenek 3 terdiam sebentar……

Nenek 3 : Oit….sapa pulak yg ketuk meja tu……???

Baca Selanjutnya...

Monday, 27 February 2012

KENTUT YANG TAK BOLEH DI TAHAN

Seorang gadis pergi makan malam ke rumah orang tua kekasihnya. Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup. Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji. Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya. Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun kerana sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega. Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya. Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik
mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi, "Doggy!" Si gadis berfikir, "wah ini bagus!" dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa minit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi. Kali ini, dengan tanpa malu-malu dilepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat. Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, "Celaka Doggy!" Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, "bagus!" beberapa minit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi. Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api. Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, "Celaka Doggy!", cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!"
Baca Selanjutnya...

PENGANTIN BARU

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..........."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA"

???????????????????.....................


Baca Selanjutnya...

Sunday, 26 February 2012

KISAH 3 EKOR HANTU


Satu malam,ada tiga ekor hantu tengah berbual dan masing2 nak tunjuk kehebatan masing2.

Hantu1:Korg nk tgk tak kehebatan aku?

Hantu 2 & 3:Ha apa die?

(Hantu1 satu pun terus hilang dalam sekelip mate,dalam mase 10 saat die muncul balik dalam keadaan darah di satu badan.)

Hantu 1:Ha korg npk tak kmpung kecik kat sblh ni?

(Hantu2 & 3 mengangguk)

Hantu1:Ha da habis da aku mkn dorg.

Hantu3:Perghh pantas gileee!!

Hantu2:Heh,tu x hebat mane.Tgk aku plak.

(Hantu2 terbang sepantas kilat dalam skelip mata dan muncul dalam 5 saat lepas tu, lg pantas drpd hantu1, dalam keadaan berdarah di taringnya)

Hantu2:Ha ko npk x bandar sebelah tu?Habis kering darah dorg aku isap.

Hantu3:ahaha, tu x hebat, meh aku tunjuk aku pnye khebatan plak.

(Hantu3 bgerak laju dan dalam satu 1 saat saje muncul smula dlm keadaan
berdarah2, Hantu1 dan 2 tkejut)

Hantu1:Mak aihh, laju gle ko, siap bdarah2 lg. 1 saat tuu.

Hantu3:Ko npk tak tembok kat sbelah tu?

(Hantu 1 dan 2 mengangguk)

Hantu3:Aku tak nampak tembok tu tadi.


Baca Selanjutnya...

LOGHAT KEDAH (UTARA)


Baca Selanjutnya...

CARA MAU DAPAT AWEK


Masa Ajoi di zaman jahilnya, dia rajin gak pergi clubbing…

Satu hari dia masuk ke kelab.

Dia duduk sorang-sorang di bar..

Tidak lama kemudian dia nampak Sumardi bersama 5 orang awek-awek cantik di sekeliling dia.

Mereka duduk2 di lounge dan Sumardi kelihatan seperti seorang Raja yang di manjakan oleh dayang-dayang yang cun melecun.

Ajoi yang duduk sorang dan berfikir, bila agaknya aku boleh jadi macam dia?

Awek pun aku takde…

Semasa Sumardi sedang ke tandas, Ajoi menahannya dan berkata :”Bro, macamana caranya lu boleh dapat awek-awek cun camtu”?

Sumardi membisik ke telinga Ajoi: “Joi,ni gua nak bagitau lu…”

Kalau kau besok masuk ke kelab, masa ko nak duduk di bar, lemparkan kunci kereta ko di atas meja bar, pasti awek-awek datang dengan sendirinya.

Ajoi menjawab: “tapi aku takde keta bro, aku ada kapcai jer…”

Sumardi: “Ko hanya perlukan kunci kereta jer.. tengok aku ada keychain kereta Jaguar..”

Ajoi: Ler…tu jer tektiknya.

Malam esoknya Ajoi dengan semangat membara masuk ke kelab, dia melihat Sumardi di sudut bar dengan 3 awek di sekelilingnya.

Ajoi berjalan menuju bar dengan muka confident giler dan mencampakkan kunci bersama key chain kereta Ferrari ke atas meja bar.

Tapi tidak ada respon sama sekali

Di saku seluar dia ada lagi kunci. Bila ada awek-awek cantik lalu, dia lempar lagi kunci tu ke bar.

Tetap tetap tidak ada respon, malah awek-awek cun melecun tu bantai gelak terbahak-bahak.

Ajoi tidak faham..

Korang nak tahu jawapannya ???

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Sumardi akhirnya datang ke Ajoi dan berbisik: “Ajoi, lain kali masa kau campak kunci kereta ferrari di bar, helmet tu buka dulu bro……..!!!

Ini Ialah Ajoi...
-(o_0) 
--/█\ 
_ || 
... berapa banyak KEBANGANGAN yang Ajoi layak dapat? 

1 like = 1 kali KEBANGANGAN
Baca Selanjutnya...

Saturday, 25 February 2012

CERITA LAWAK : MESTI BACA !!!


Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu denganmeninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka,Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku puntahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. 

Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh legarasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satudas lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalahmacam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... 

PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terusmelopong... ALAMAK!!! 

Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos akudengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!



Baca Selanjutnya...