Pages

Friday 18 May 2012

HASAD DENGKI, GHIBTAH DAN MUNAFASAH


Hasad, Ghibtah dan Munafasah. Ketiga-tiga kalimah ini sama tetapi tidak serupa. Mereka mempunyai makna tersendiri walau agak mirip.

✔ Hasad Dengki. Berharap dan berusaha agar sesuatu nikmat yang dianugerahkan Allah kepada seseorang terhapus, luput dan lupus.

Hukum :

Haram mengikut sepakat ulama. Firman Allah s.w.t.:

wamin syarri haasidin idzaa hasada

5. dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki".
(Surah al-Falaq 113: 5)

Dalam ayat ini, Allah meminta kita berlindung daripada bahana dan bahaya hasad. Jika sesuatu itu perlu kita jauhi, maka lebih-lebih lagi hasad tidak patut berada dalam hati kita.


✔ Ghibtah (Iri Hati).Berharap nikmat yang dimiliki oleh orang lain turut dimilikinya tanpa berharap atau bercita-cita nikmat tersebut luput daripada orang lain.

Hukum:

Jika berkaitan dengan urusan dunia – harus.
Jika berkaitan dengan ibadah dan ketaatan – mustahab (sunat)

✔ Munafasah iaitu bersaing untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh orang lain.

Hukum:

Harus tetapi tidak perlu keterlaluan sehingga melangkaui batas kemampuan seorang manusia. Munafasah ini juga perlu terhad kepada ruang lingkup perkara-perkara yang dibenarkan agama dengan cara yang juga “patuh syariah”. Sebaik-baiknya bersainglah dengan diri sendiri berdasarkan konsep, “semoga hari ini lebih baik daripada semalam”

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak boleh hasad (ghibtah) kecuali kepada dua orang iaitu orang yang Allah anugerahkan kepadanya harta lalu dia infakkan pada jalan kebaikkan dan orang yang Allah berikan ilmu (al-Quran dan Sunnah), Ia menunaikan dan mengajarkannya.” (Muttafaq ‘alaih)

sumber : Majalah Solusi keluaran Isu 32.

No comments:

Post a Comment