Pages

Tuesday 15 May 2012

ADAB BERGURAU ♥

✔ Niat yang benar. Dibolehkan bergurau dengan niat menghilangkan rasa penat, bosan, lesu serta bagi menyegarkan jiwa supaya memperoleh semangat baru bagi meneruskan tugasannya sebagai hamba dan khalifah.

✔ Tidak berlebih-bihan dalam bergurau kerana Islam menuuntut agar bersederhana dalam setiap perkara. Terlalu kerap bergurau boleh menjatuhkan kewibawaan seseorang.

✔ Elakkan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau kerana mereka selalu menganggap serius setiap ucapan dan perbuatan walaupun sekadar gurauan.

✔ Tidak bergurau dalam perkara-perkara yang serius seperti talak, kahwin, rujuk, semasa menjadi saksi dan sebagainya.

✔ Tidak menakut-nakutkan seorang muslim. Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang Muslim membuat takut seorang Muslim yang lain.” (Riwayat Abu Daud)

✔ Berkata benar walaupun sedang bergurau. Inilah sunnah Rasullah s.a.w. sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya aku juga bergurau senda namun aku tidak mengatakan kecuali yang benar.” (Riwayat al-Tabarani)

✔ Jangan memperlekeh individu tertentu atau kelompok tertentu dengan tujuan untuk bergurau.

✔ Menjauhi bergurau dengan tangan dan kata-kata yang buruk. Allah berfirman yang bermaksud: “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka.” (Surah al-Isra’ 17:53)

✔ Tidak banyak ketawa. Rasullah s.a.w. telah mengingatkan umatnya agar tidak banyak ketawa berdekah-dekah: “Janganlah kalian banyak ketawa. Sesungguhnya banyak tertawa dapat mematikan hati.” (Riwayat Ibn Majah)

✔ Bergurau dengan orang yang sesuai seperti kanak-kanak sebagaimana gurauan Rasullah dengan Anas bin Malik dan Abu Umair.

Dipetik dan diubah suai daripada Ensaiklopedia Adab Islam Menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh Abdul Aziz bin Fathi al-Sayid Nada, edaran Telaga Biru Sdn Bhd.

sumber : Majalah Solusi keluaran Isu 30.

No comments:

Post a Comment