Pages

Tuesday 27 March 2012

PETUA MENYESUAIKAN DIRI DENGAN MENTUA




1. Jangka dan terima hakikat bahawa konflik personaliti akan berlaku. Ingatkan bahawa semua keluarga mengalami proses yang sama. Generasi-generasi berbeza tentu mempunyai idea berlainan. Maka dengar pendapat mentua anda dan pada masa yang sama, luahkan pandangan anda jika anda tidak bersetuju. Kebanyakan masa, niat mentua anda baik walaupun mereka tidak berkomunikasinya dengan baik.

2. Sedar bahawa anda masih dapat menjalin hubungan yang baik dan sopan dengan mentua anda walaupun tidak bersetuju dengan mereka kebanyakan masa. Kuncinya, belajar cara menyelesaikan percanggahan pandangan secara hormat dan sopan. Sebagai contoh, cubalah jangan menentang mereka di depan awam demi menjaga air muka dan maruah mereka.

3. Sebagai ibu bapa, anda perlu ingat bahawa diri anda yang perlu membuat keputusan bagaimana anda mahu membesarkan anak anda. Keutamaan perlu diberikan untuk membuat keputusan terbaik untuk anak anda, bukan semata-mata demi mangambil hati mentua atau ibu bapa anda sendiri.

4. Minta pandangan atau pendapat mentua dan sentiasa terbuka kepada idea dan kritikan. Ada kalanya mereka betul. Ia bukan mudah untuk mengakui kesalahan dan menerima kritikan membina mereka.

5. Sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan mentua. Kenyataannya, mentua memainkan peranan penting dalam kehidupan anak anda dan disebaliknya. Kebanyakan kali anda mungkin tidak bersetuju, tetapi ia penting untuk memberi peluang kepada mentua anda untuk menghabiskan masa berkualiti mereka bersama anak anda.

6. Anda patut bersyukur jika mendapat mentua yang memahami. Namun, anda perlu menjaga keharmonian dan bekerjasama dengan mereka, sambil menghormati batas sempadan wilayah masing-masing dan mengekalkan komunikasi terbuka. Ingatlah, walau apa pun yang berlaku, mereka tetap sebahagian penting daripada keluarga anda.


No comments:

Post a Comment