Pages

Monday 19 March 2012

KISAH SATU MALAM


PADA MALAM ITU, Kuala Lumpur menjadi huru-hara. Warganya berlari ke sana dan ke sini. Kenderaan saling berlanggaran. Bangunan pencakar langit runtuh satu per satu. Bumi bergegar sekuat-kuatnya.

“Lari! Lari!”

Jeritan manusia kedengaran di sana dan di sini. Nuar terjaga daripada tidur lalu keluar dari rumahnya. Dia terkejut tatkala melihat seekor raksasa sebesar Menara Berkembar Petronas sedang m...
engamuk di KLCC. Dia menenyehkan matanya dengan jari kerana sukar mempercayai bahawa raksasa sudah sampai ke Kuala Lumpur.

“Adakah raksasa ini sudah bosan menyerang Jepun? Mengapakah dia membuat onar di sini pula?” tutur Nuar perlahan.

“Ini tidak boleh jadi, aku perlu memberitahu Ultraman!”

Lantas Nuar menekan satu butang khas pada jam tangannya. Melalui jam tangan itu, dia dapat memberitahu Ultraman bahawa raksasa sedang menyerang Kuala Lumpur.

“Ultraman, tolong datang segera! Kuala Lumpur dalam bahaya!”

Beberapa minit kemudian, kelibat Ultraman muncul di ruang angkasa Kuala Lumpur. Pertempuran hebat berlaku antara Ultraman dan raksasa itu. Mereka saling berlawanan semburan api sesama sendiri. Malangnya, api itu menyemarakkan lagi kebakaran yang rakus menjilat bangunan-bangunan di Kuala Lumpur. Hampir semua bangunan menjadi seakan-akan arang batu.

Raksasa itu telah memijak-mijak badan Ultraman sekuat hati. Ultraman menjadi semakin tidak bermaya. Lampu merah di dadanya mula berkelip-kelip.

Tidak lama selepas itu, datang pula ibu dan ayah Ultraman untuk membantu. Dengan sekali percikan api sahaja, akhirnya raksasa itu pun mati dan terus lesap tanpa meninggalkan kesan. Ibu dan ayah Ultraman pun membawa Ultraman pulang ke planet mereka. Nuar sempat melambaikan tangan ke arah Ultraman sekeluarga. Ultraman membalas lambaian itu.

Pada suatu sudut yang lain, beberapa orang ahli bomba sedang membersihkan kesan-kesan kemusnahan akibat pertempuran sebentar tadi.

“Tidak guna punya raksasa! Suka hati sahaja buat onar di sini. Sekarang, kita juga yang kena padamkan kebakaran ini,” rungut salah seorang ahli bomba tersebut.

“Ultraman pun sama. Tahu fire sahaja. Selepas itu terus balik.” Seorang rakan sekerja yang lain pula turut merungut.

Dengan tidak semena-mena, kedengaran satu suara.

“Nuar, kamu buat apa di luar rumah malam-malam buta ini? Mari masuk!”

Nuar menoleh ke belakang. Rupa-rupanya panggilan itu datang daripada ibunya. Nuar memandang ke hadapan semula. Ultraman sudah hilang. Kuala Lumpur menjadi seperti sediakala, seolah-olah tidak pernah ditimba kemusnahan. Nuar menenyehkan matanya sekali lagi.
 

No comments:

Post a Comment