Pages

Saturday 18 February 2012

NERAKA


Dari Anas bin Malik r.a berkata: Jibrail datang kepada Nabi Muhammad S.A.W pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rasulullah S.A.W:

“Mengapa aku melihat kau berubah muka?”. Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.”

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa:

* Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
* Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
* Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
* Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
* Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
* Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
* Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
* Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
* Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
* Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
* Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Jika memang tulisan ini dianggap bermanfaat untuk rakan-rakan, silakan share kepada rakan-rakan yang lain. 

Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 

'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: 
(1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

by: Ma'ar Rahman

No comments:

Post a Comment