Sebahagian para ulama membahagikan hukum nikah kepada lima iaitu :-
- WAJIB bagi mereka yang mampu zahir dan batin bagi menambah takwa serta menjauhkan diri daripada melakukan zina.
- HARAM bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin.
- SUNAT bagi mereka yang mampu zahir dan batin, tetapimereka masih sanggup mengawal dirinya daripada melakukan zina.
- MAKRUH bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin, tetapi tidak memberi bahaya kepada isteri kerana isterinya kaya dan tidak kuat keinginannya untuk melakukan hubungan jenis.
- HARUS bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorong dirinya berkahwin.
Nikah adalah sunnah Nabi s.a.w. Dalam satu hadis diceritakan bahawa tiga orang lelaki datang ke rumah isteri Nabi s.a.w bertanyakan hal ibadat Nabi s.a.w. Apabila mereka mendapat tahu tentang ibadat Nabi s.a.w, mereka merasai ia terlalau sedikit untuk diamalkan. Mereka berkata :
"Dimanakah kita daripada Nabi s.a.w sedangkan Allah telah mengampunkan dosanya yang lalu dan dosa akan datang"
Oleh itu, masing-masing berazam untuk lebih kuat beribadat. Lelaki pertama berazam untuk solat sepanjang malam tanpa tidur. Lelaki kedua berazam untuk berpuasa sepanjang masa tanpa berbuka. Lelaki ketiga berazam untuk membujang dan tidak berkahwin. Apabila Nabi s.a.w mendapat tahu berita tersebut, baginda bersabda :-
Maksudnya : "Demi Allah, sesungguhnya aku yang palin takut kepada Allah dan paling bertakwa, tetapi aku bersolat dan tidur, aku berpuasa dan berbuka, dan aku berkahwin. Maka sesiapa yang berpaling daripada sunnahku, maka dia bukanlah daripadaku."
(Riwayat al-Bukhari)
Kadang-kadang nikah menjadi wajib apabila ditakuti berlakunya zina. Dalam islam, tidak wujud kepaderian. Konsep ini bermaksud tidak berkahwin untuk beribadat kepada Allah.
No comments:
Post a Comment