Kahwin atau nikah adalah seerti. Ia membawa makna suatu akad yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita. Selepas berlangsungnya akad nikah, suami isteri bebas untuk melakukan apa sahaja bentuk hubungan termasuklah hubungan kelamin.
Kini, terbalik pula halnya. Belum nikah, sudah cuba-cuba dulu untuk "bersama". Ada yang tinggal serumah atau sebilik dengan tujuan melihat keserasian pasangan hidup. Kalau serasi baru boleh kahwin. Kalau tidak, sayonara. Sebab itu, remaja terutamanya perlu berhati-hati kerana setiap pasangan biasanya adalah pembohong disebabkan masing-masing hanya akan mempamerkan sikap baik sahaja. Orang Arab ada menyebut "setiap kekasih / tunang adalah pembohong".
No comments:
Post a Comment