1) Mendapatkan zuriat sebagai penyambung keturunan.
Nabi s.a.w bersabda :-
Maksudnya :- "Kahwinilah wanita yang banyak beranak dan pengasih. Maka sesunguhnya, aku berbangga dengan banyaknya umatku pada hari kiamat nanti."
(Riwayat Ahmad)
2) Menjaga diri daripada zina.
Zina adalah dosa yang amat besar. Orang yang melakukan zina,mengikut hukum Islam, boleh disebat seratus kali atau direjam sampai mati. Hukuman bagi yang belum berkahwin ialah sebat seratus kali. Sebat seratus kali itu tidaklah sama dengan sebat yang diamalkan dalam penjara sekarang ini. Manakala orang yang sudah berkahwin tetapi masih berzina direjam sampai mati. Oleh itu, Nabi s.a.w memberi petunjuk jalan keluar daripada zina dengan berkahwin. Dengan perkahwinan, nafsu seks dan jiwa seseorang lebih bersih. Sabda Nabi s.a.w :
Maksudnya :- "Wahai para pemuda! Sesiapa yang mampu berkahwin maka berkahwinlah, maka sesungguhnya ia lebih menundukkan bagi pandangan mata dan lebih terpelihara bagi kemaluan. Sesiapa tidak mampu maka hendaklah dia berpuassa kerana ia adalah benteng kepadanya."
(Riwayat al-Bukhari)
3) Memenuhi tuntutan fitrah iaitu fitrah hidup berkelamin.
Sebab itu, Islam melarang hidup membujang dengan tujuan beribadat. Ini kerana ibadat dalam Islam begitu luas maknanya. Setiap amalan baik yang diakui syarak adalah ibadat. Kahwin juga ibadat bahkan ada disebut bahawa solat orang yang sudah berkahwin lebih banyak fadilatnya daripada orang bujang.
No comments:
Post a Comment