AIR KOSONG – ia memang pilihan yang paling tepat untuk anda. la boleh diminum sejuk atau suam. Tambah sehiris dua limau untuk menambahkan kesegarannya.
SUSU – cara terbaik untuk sumber kalsium, protein dan juga air. Cuba susu rendah lemak yang dikisar dengan buah-buahan kegemaran anda.
JUS-JUS – mengandungi banyak vitamin, ia sangat baik diambil sebagai minuman permulaan hari anda.
TEH – Samada ia daun teh segar, teh kering, teh hitam atau perang, teh sangat baik sebagai minuman kerana ia mengandungi antioksidan. Campurkan sehiris limau nipis untuk menambah kesegaran.
SUP – sangat baik untuk memulakan waktu makan anda. Campuran herba di dalam sup boleh membantu menyihatkan tubuh.
MINUMAN RINGAN – terdapat banyak minuman ringan dalam pasaran. Pilih yang tidak bergas dan berasas buah-buahan.
BUAHAN & SAYURAN- banyak buah-buahan dan sayuran yang mengandungi sehingga 80 peratus air. Ambil lima hidangan sehari.
MANISAN PENCUCI MULUT- Ais kacang merupakan manisan yang baik, terutamanya bagi menghilangkan kedahagaan anda.
TANDA-TANDA KEKURANGAN AIR
Kekurangan air akan membuatkan fungsi buah pinggang turut terjejas. Malah kekurangan air juga boleh menyebabkan koma dan kematian. Berikut tanda-tanda yang perlu anda awasi:-
TANDA AWAL - Dahaga, pening kepala, keletihan, kulit kering, kekeringan tekak dan mulut.
TANDA AMARAN - Degupan jantung yang kencang, loya tekanan darah rendah lemah badan dan tidak bertenaga selalu ingin buang air kecil tetapi dalam jumlah yang sedikit.
TANDA BAHAYA - Lemah-lemah otot lidah dan mulut pecah-pecah, peredaran darah yang teruk, kelesuan yang tidak terkawal, kegagalan buah pinggang berfungi.
MERANGSANG KEINGINAN UNTUK MINUM
Tinggalkan jag atau botol air di atas meja dan penuhkan setiap masa. Jadi apabila tiba keinginan untuk minum, anda boleh segera melakukannya. Minum pelbagai jenis minuman, anda tidak akan bosan dengan minuman yang sama. Minum lebih air jika anda banyak bersenam dan berpeluh.
KEPERLUAN AIR UNTUK BAYI & KANAK-KANAK
1 minggu – 80 -100ml sehari
1 minggu – 80 -100ml sehari
2 minggu – 125 – 150 ml sehari
3 minggu – 140 – 160 ml sehari
3 – 6 bulan – 130 – 155 ml sehari
6 – 9 bulan – 125 – 145 ml sehari
1 tahun – 120 – 135 ml sehari
2 tahun ke atas – 115 – 125 ml sehari
No comments:
Post a Comment