Pages

Tuesday, 10 April 2012

ADAB MELAYAN TETAMU

● Tetamu ialah orang yang datang berkunjung kerumah kita sama ada dijemput atau tidak.
● Memuliakan tetamu sangat dituntut dalam Agama Islam.
● Layanlah tetamu dengan baik tidak mengira umur, bangsa dan agama.

Sabda Rasulullah SAW :
yg bermaksud;

"Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya."

(Riwayat Al-Bukhari)

Sambut kedatangan tetamu (dgn) :
• Menjawab salam tetamu.
• Membuka pintu apabila diketuk.
• Bersalaman dengan tetamu.
• Bermanis muka.
• Bertanya khabar.
• Menjemput masuk tetamu kedalam rumah.

Memberi layanan yang baik (dgn) :
• Sediakan jamuan yang termampu.
• Tidak bermegah dan riak.
• Makan bersama-sama tetamu supaya tetamu tidak segan untuk makan.
• Ikhlas melayan tetamu.
• Memberi keselesaan kepada tetamu.

•♥• Penghayatan Islam •♥•
♥ Layan tetamu dengan baik. •
♥ Tetamu mesti dihormati. •

No comments:

Post a Comment