Pages

Wednesday 21 March 2012

ADAT DAN TERTIB MELAWAT DAN BERKUNJUNG KE RUMAH ORANG


+ Bagi pengunjung Melayu atau yang beragama Islam, apabila tiba di rumah yang dikunjungi hendaklah memberikan salam dengan ucapan “Assalamualaikum”.
+ Sebelum masuk ke dalam rumah, pengunjung hendaklah menanggalkan kasut.

+ Jika pada masa itu telah ada tetamu lain, pengunjung hendaklah mengenalkan diri dan menundukkan sedikit kepala tanda hormat sambil berjabat tangan.

+ Apabila seseorang ingin berjalan lalu di hadapan satu kumpulan atau perhimpunan orang ramai, hendaklah menundukkan sedikit kepala dengan menghulurkan sebelah tangan. Ucapan – ucapan yang sesuai bagi maksud ini ialah ‘ maafkan saya, tumpang lalu, minta jalan’.

+ Secara tradisinya, adalah menjadi kebiasaan di rumah orang Melayu terutamanya di kampong-kampung, tetamu dan tuan rumah duduk bersila. Bagi orang lelaki duduknya bersilang kaki dan bagi orang perempuan bersimpuh. Jika duduk di kerusi ia dianggap kurang sopan apabila seseorang itu bersilang kaki sehingga nampak tapak kaki, berlunjur lurus ataupun membuka kaki dengan luas.

+ Apabila tuan rumah menghidangkan makanan adalah tidak manis tetamu menolaknya. Jika sudah kenyang sekalipun hendaklah ia merasa sedikit hidangan yang disajikan itu.

+ Anak gadis dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua. Jangan senduk terlalu penuh atau sedikit tetapi sederhana banyaknya. Biarkan orang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah orang muda kerana tidak sopan membiarkan orang lebih tua memakan sisa orang muda. Disebab itulah sesetengah orang menyediakan peraturan orang muda makan berasingan daripada orang tua, atau orang tua makan dahulu. Bagaimanapun amalan ini tidak begitu sesuai jika kita mahu menanamkan kemesraan dan kekeluargaan di kalangan anak-anak.

+ Seeloknya ambillah hidangan yang berhampiran dengan kita jangan menjangkau makanan yang terletak jauh dan sukar dicapai. Jika kita berkehendakkan makanan yang sukar dicapai mintalah bantuan orang lain yang berdekatan.

+ Ketika menghulur atau menyambut seeloknya siku atau pergelangan tanggan ditampung sedikit dengan tangan sebelah lagi. Ketika menyenduk kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor. Bunyi ketika menyenduk dianggap kurang sopan dan kasar. Jangan bercakap ketika makan apatah lagi ketika mulut penuh.

+ Jika bercakap pastikan tidak menimbulkan perkara-perkara kurang menyenangkan sehingga boleh menganggu selera makan atau menyebabkan pertengkaran.

+ Jangan bersiul terutamanya ketika berada dalam rumah kerana perbuatan itu dianggap biadap dan tidak menghormati ornag lain.

+ Gunakan nada suara sederhana bila bercakap terutamanyaa golongan muda. Jangan sesekali meninggikan suara seperti orang menengking.

+ Jika hendak bercakap sesuatu kepada oarng yang berada agak jauh dari kita, hampirilah dia. Jangan bercakap dengan menjerit-jerit dari satu sudut ke satu sudut.

+ Seorang isteri seeloknya bangun dan masuk tidur awal daripada suami. Lebih sopan kalau tidur menghadap suami bukan membelakanginya.
See more

No comments:

Post a Comment