Pages

Friday, 17 February 2012

UBAT PENYAKIT SOMBONG



  1. Diam dan jangan banyak cakap. Biasanya kalau banyak cakap nanti timbul pula perkataan dusta dari mulut kita.
  2. Berasa cukup dengan apa yang dimiliki. Biasanya kalau berlebih-lebih nanti mesti masih tak puas dan  nak lebih lagi.
  3. Jangan tonjolkan diri untuk jadi popular. Biasanya kalau dah popular nanti pandang rendah terhadaporang lain.
  4. Biasakan diri dengan sikap kasih sayang dan saling hormat-menghormati. Biasanya kalau tak ada rasa belas nanti sifat zalim pula yang datang.
  5. Jangan bersifat buruk sangka kepada orang lain. Biasanya kalau ada sifat buruk sangka nanti kita hilang kawan atau tiada kawan langdung.
  6. Sentiasa bertafakur memikirkan kelemahan diri dan mengingati kebesaran Allah s.w.t. Biasanya kalau tidak bermuhasabah nanti kita hanya tahu yang kita ini kononnya bagus.
  7. Selalulah berdoa dan memohon taufik dan hidayah Allah s.w.t. Biasanya kalau kita tidak berdoa nanti kita menghidap penyakit 'syirik kecil'. Nauzubillah.

No comments:

Post a Comment