Pages

Thursday 9 February 2012

KENAPA MESTI KENA PINANG DAHULU SEBELUM BERKAHWIN?

Peminangan adalah mukadimah kepada perkahwinan. Ia adalah tawaran pihak lelaki untuk berkahwin dengan wanita. Ini kerana kebiasaannya lelaki yang meminang wanita. Tujuan peminangan adalah bagi mengetahui pendapat wanita dan keluarganya sama ada mereka bersetuju atau tidak. Ia tujuan untuk mengetahui sama ada wanita tersebut sudah berpunya atau belum. Ini lebih dikenali sebagai 'merisik'.

Sebenarnya wanita ada hak untuk menerima atau menolak dalam proses peminangan. Ini jelas dalam hadis Nabi s.a.w yang berbunyi :-

Maksudnya :- "Tidak dikahwini wanita janda hinggalah dibincangkan denganya, dan tidaklah dikahwini anak dara hingga diminta izin."

(Riwayat al-Bukhari)

Proses peminangan juga bertujuan mendapatkan keizinan wali wanita tersebut . Ini kerana persetujuan wali nikah adalah salah satu rukun nikah.

No comments:

Post a Comment