Pages

Sunday 12 February 2012

KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH


Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada di dalam Al-Quran. Ia dinamakan"Ummul Quran" (yang bermaksud induk Al-Quran) atau "Ummul Kitab" (yang bermaksud induk Kitab) kerana ia merupakan induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran, serta menjadi intisari dari kandungan Al-Quran, dan kerana itu diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat. 

Antara Hadis Rasulullah s.a.w yang memperkatakan tentang Fadhilat Al-Quran ialah:-
  • Surah Al-Fatihah adalah ubat dari segala penyakit dan penawar dari racun.
  • Apabila selesai imam membaca surah Al-Fatihah, hendaklah kamu mengucapkan 'amin', nescaya permintaan kamu akan diperkenankan.
  • Barang siapa yang datang ke suatu tempat dan mendengar orang membaca surah Al-Fatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, nescaya ia memperoleh ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di jalan Allah.
  • Sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas ketika pulang ke rumah, nescaya terhindar daripada kefakiran dan kepapaan serta ia mendapat banyak kebajikan di rumahnya.
  • Suatu ketika sedang  Rasulullah s.a.w sedang berjalan-jalan  dengan Abi Zaid di sebuah jalan di Kota Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki sedang membaca surah Al-Fatihah, lantas baginda bersabda : "Kita berhenti dan dengar bacaannya sehingga selesai".

Ulama pernah berkata :-
  • Surah Al-Fatihah sunat di baca semasa masuk dan keluar masjid.
  • Pahala orang yang membaca surah Al-Fatihah seperti pahala diberi kepada orang yang membaca dua pertiga Al-Quran.
  • Barangsiapa yang disenaraikan sebagai ahli neraka, jika anaknya membaca surah Al-Fatihah, diberhentikan seksaannya selama 40 hari.

No comments:

Post a Comment