Pages

Sunday 19 February 2012

KAWAL BLOGGER TAKSUB


KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewujudkan jawatankuasa bagi menyediakan garis panduan membabitkan kenyataan dikeluarkan ulama mahupun cendekiawan bagi mengelakkan orang ramai keliru.

Ini berikutan kewujudan laman siber tertentu yang digunakan sebagai ‘medan peperangan’ dalam mengkritik atau melontar tuduhan terhadap individu tertentu sehingga mengaibkan dirinya.

Beliau berkata, golongan itu gemar menjatuhkan hukum-hakam terhadap golongan tertentu yang lebih bermotifkan politik berbanding pertimbangan agama.

“Kecanggihan teknologi maklumat mendorong segelintir individu di kalangan blogger mahupun ulama yang taksub dengan fahaman politik tertentu bebas mengeluarkan fatwa lebih kepada berbaur politik.

“Fenomena itu memberi impak negatif terhadap agama kerana sifat fanatik mendorong individu berkenaan mengeluarkan kenyataan tidak adil lalu mempengaruhi pendengar mahupun pembaca yang mengikutinya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Hotel Seri Pacific, di sini, semalam.

Lebih membimbangkan, katanya, ada kenyataan sangat sensitif sehingga berbaur fitnah.

“Dakwaan mahupun fatwa dikeluarkan ulama terbabit menyentuh sensitiviti kerana ada yang menyentuh soal akidah individu yang disabitkan dengan tuduhan tertentu.

“Tindakan ini seolah-olah mempergunakan agama untuk mencapai motif tertentu dalam bidang politik,” katanya.


kredit harianmetroahad



No comments:

Post a Comment