Pages

Saturday 11 February 2012

BERSOLAT, DOA BOLEH ATASI MASALAH TEKANAN

Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri diselubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui:-
  • Bersabar dengan segala yang menimpa . "Wahai anakku,dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki melakukannya." (Luqman : 17)
  • Anggap masalah itu sebagai satu ujian yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud : "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cabaran)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta." (al-Ankabuut : 2-3)
  • Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat mengugurkan dosa. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya : "Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat al-Bukhari)
  • Kesulitan, masalah dan kesempitan akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekaligus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah. "Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali." (al-Baqarah : 156)
  • Adanya masalah , kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.
  • Ujian adalah tanda Allah mencintai seseorang itu. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya :"Sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya." (Hadis riwayat al-Bukhari)
  • Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada massalah yang dialami orang lain.
  • Menyedari haikat, kehidupan tidak lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan yang lebh berpengalaman untuk dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment