Pages

Monday 21 May 2012

Bagaimana memulakan perancangan kewangan di awal perkahwinan secara bijak


Banyak perkahwinan mengalami kegoyahan kerana perancangan kewangan yang lemah serta kelemahan berkomunikasi antara pasangan mengenai status kewangan mereka. Mari kita mulakan dengan memberikan nafas baru terhadap perhubungan suami isteri melalui tips-tips yang akan disampaikan di bawah. Beberapa tips yang akan diberikan mungkin agak radikal (drastik), namun berkesan jika dilakukan dengan cara yang betul.


Mulakan dengan sampul penjimatan dan berkomunikasi mengenai kewangan setiap minggu

Yang dimaksudkan dengan sampul penjimatan ialah mengadakan satu tabung atau apa-apa sahaja yang boleh diletakkan bajet / wang anda di dalamnya. Antara kelebihannya ialah anda mampu mengesan ke manakah duit anda keluar dan masuk. Dengan kata yang lain, fungsinya adalah untuk mengesan dan mengawal (tracking and controlling). Kebanyakan pasangan yang berkahwin menggunakan cara ini untuk mengesan ke mana duit mereka dibelanjakan.


Sebagai contoh, jika ingin membeli barang keperluan rumah di pasaraya ataupun di kedai, anda membawa wang tunai di dalam sampul surat yang berlabelkan “Barangan dapur” ataupun “Peralatan rumah”, “Baju untuk anak” dan sebagainya. Jika duit di dalam sampul berkenaan habis atau kurang, anda tidak boleh mengambil duit dari sampul yang lain, kerana ini akan mengganggu bajet anda yang lain. Namun demikian, anda boleh melakukan pindaan dari masa ke masa.


Moralnya : Anda akan berbelanja mengikut bajet yang ditentukan sahaja dan tidak akan berlaku kehabisan duit sebelum tiba masanya.

Jimatkan gaji anda pada tahun pertama perkahwinan 

Kebanyakan pasangan yang baru berkahwin tidak mempunyai tanggungan yang berat semasa perkahwinan pertama mereka. Jika anda mempunyai sedikit bebanan, maka anda boleh mengurangkan sedikit aktiviti yang memerlukan belanja yang besar seperti melancong dan sebagainya.

Langit tidak akan selalu cerah. Begitulah juga dengan alam perkahwinan di mana pasti ada sahaja masa kecemasan akan berlaku. Di saat inilah tabung kecemasan diperlukan bagi membantu anda ketika musibah berlaku.

No comments:

Post a Comment