Pages

Saturday 11 February 2012

Air – berapa banyak yang diperlukan



SAMA seperti tubuh orang dewasa, tubuh bayi dan kanak-kanak juga harus dibekalkan dengan air yang mencukupi. Air begitu penting kerana peranannya yang besar untuk terus melanjutkan jangka hayat manusia. Tanpa air, jangka hayat mungkin terbantut sama sekali. Selain menghilangkan dahaga, ada peranan air yang lebih besar kepada tubuh manusia. Air mengalirkan bekalan oksigen ke seluruh tubuh melalui sistem peredaran darah dan lymphatic. Air juga membantu mengekalkan suhu tubuh. Peluh akan dikeluarkan apabila tubuh menjadi panas dan ia bertindak sebagai penyejuk. la juga membantu melancarkan pergerakan sendi-sendi, menghanyutkan semua bahan kumuh dan mengimbangi kandungan darah dalam tubuh hidupan. Setiap manusia disarankan untuk meminum antara 2.5 hingga 3 liter air sehari. Rasa dahaga yang anda rasai adalah disebabkan berkurangnya jumlah air dalam badan dan meningkatnya kandungan sodium dalam darah. Apabila keadaan ini berlaku amaran dahaga akan dikeluarkan oleh sel hypothalamus otak kepada tubuh. Dalam masa yang sama, darah yang mengalami kekurangan air akan menarik liur dari kelenjar liur ke dalam alirannya. Inilah yang menyebabkan mengapa tekak dan mulut anda kering apabila merasa dahaga. Apabila berlaku kekurangan air dalam badan (dehiderasi) buah pinggang akan bekerja mengikut peraturan sebaliknya. Ia bukan lagi menyerap air berlebihan dan dilepaskan sebagai urin, sebaliknya membekalkan air ke dalam saluran darah untuk menstabilkannya. Inilah yang menyebabkan urin sangat sedikit dikeluarkan oleh mereka yang tidak suka minum air.

AIR KOSONG – ia memang pilihan yang paling tepat untuk anda. la boleh diminum sejuk atau suam. Tambah sehiris dua limau untuk menambahkan kesegarannya.

SUSU – cara terbaik untuk sumber kalsium, protein dan juga air. Cuba susu rendah lemak yang dikisar dengan buah-buahan kegemaran anda.

JUS-JUS – mengandungi banyak vitamin, ia sangat baik diambil sebagai minuman permulaan hari anda.

TEH – Samada ia daun teh segar, teh kering, teh hitam atau perang, teh sangat baik sebagai minuman kerana ia mengandungi antioksidan. Campurkan sehiris limau nipis untuk menambah kesegaran.

SUP – sangat baik untuk memulakan waktu makan anda. Campuran herba di dalam sup boleh membantu menyihatkan tubuh.

MINUMAN RINGAN – terdapat banyak minuman ringan dalam pasaran. Pilih yang tidak bergas dan berasas buah-buahan.

BUAHAN & SAYURAN- banyak buah-buahan dan sayuran yang mengandungi sehingga 80 peratus air. Ambil lima hidangan sehari.

MANISAN PENCUCI MULUT- Ais kacang merupakan manisan yang baik, terutamanya bagi menghilangkan kedahagaan anda.

TANDA-TANDA KEKURANGAN AIR
Kekurangan air akan membuatkan fungsi buah pinggang turut terjejas. Malah kekurangan air juga boleh menyebabkan koma dan kematian. Berikut tanda-tanda yang perlu anda awasi:-

TANDA AWAL - Dahaga, pening kepala, keletihan, kulit kering, kekeringan tekak dan mulut.
TANDA AMARAN - Degupan jantung yang kencang, loya tekanan darah rendah lemah badan dan tidak bertenaga selalu ingin buang air kecil tetapi dalam jumlah yang sedikit.
TANDA BAHAYA - Lemah-lemah otot lidah dan mulut pecah-pecah, peredaran darah yang teruk, kelesuan yang tidak terkawal, kegagalan buah pinggang berfungi.

MERANGSANG KEINGINAN UNTUK MINUM 
Tinggalkan jag atau botol air di atas meja dan penuhkan setiap masa. Jadi apabila tiba keinginan untuk minum, anda boleh segera melakukannya. Minum pelbagai jenis minuman, anda tidak akan bosan dengan minuman yang sama. Minum lebih air jika anda banyak bersenam dan berpeluh.


KEPERLUAN AIR UNTUK BAYI & KANAK-KANAK
1 minggu – 80 -100ml sehari
2 minggu – 125 – 150 ml sehari
3 minggu – 140 – 160 ml sehari
3 – 6 bulan – 130 – 155 ml sehari
6 – 9 bulan – 125 – 145 ml sehari
1 tahun – 120 – 135 ml sehari
2 tahun ke atas – 115 – 125 ml sehari


No comments:

Post a Comment