Pages

Tuesday 7 August 2012

KEROPOK LEKOR



Bahan-bahannya:
5 cawan isi ikan kembung/selayang
2 1/2 cawan tepung sagu
3 sudu kecil garam

Untuk sos:

3 sudu besar cili kering diblender
sedikit gula melaka
1 sudu kecil asam jawa
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
2/3 cawan air

Cara-caranya.

  1. Bersihkan ikan, buang tulang dan kulit ikan. Buang kulit ikan dengan mengoyakkan kulit dari kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja. Kalau nak sedap lagi letak banyak ikan. Potong isi ikan kecil-kecil supaya mudah untuk di blend. Blend isi ikan hingga hancur. Jangan letak air.
  2. Selepas blend ke semua isi ikan, masukkan dalam mangkuk besar, uli dan masukkan tepung sagu sedikit demi sedikit. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
  3. Masukkan garam dan ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan pemotong. Kalau malas boleh buat bentuk macam fish ball.
  4. Taburkan sedikit tepung kanji di atas papan supaya adunan tak melekat pada papan. 
  5. Buat sampai habis.
 Cara memasak:-
  1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
  2. Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalau masuk peti ais. Lepas rebus boleh goreng jugak. Mana mana pun sama je sedapnya
  3. Keropok yg belum direbus tadi boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..
Untuk sos pula : 
Masukkan air ke dalam periuk dengan api yang perlahan, lepas tu masukkan cili yang sudah di blend, gula melaka dan air asam jawa, bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto... masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.

**Tips:- keropok yang sedap memerlukan ikan lebih banyak dari tepung, nisbah 5 cawan isi ikan, 2 cawan tepung sagu.Tak guna tepung kanji pun tak apa

No comments:

Post a Comment