Pages

Thursday 1 March 2012

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) (PART III)

PERINGATAN UNTUK IBUBAPA DAN PENJAGA


Langkah-langkah pencegahan sebaran penyakit


  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
  • Jabfan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum memegang atau bermesra dengan bayi atau anak kecil.
  • Cuci alat permainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat awam seperti taman permainan, pusat beli-belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas.

info : Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching


No comments:

Post a Comment