Pages

Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Wednesday, 8 August 2012

YONG TAU FOO

Bahan-bahan

Bahan A
  • fishball, tauhu goreng, tauhu kering, fishcake, sosej, isi ketam
  • kangkung
  • kacang tanah (goreng tanpa minyak & tumbuk)
  • bijan (grg tanpa minyak)-kuning2 skit je jgn rentung lak
Bahan Kuah
  • 1 cwn kicap lemak manis (suka kicap kipas udang)
  • 1/2 kilo gula merah dimasak dengan 1 cawan air
  • 150g sos masam/plum
  • 300g sos manis (taucu manis/sos betik)
  • 1 sudu besar otak udang/petis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 15 tangkai cili kering (ikut suka kalu suka pedas boleh tambah, x suka pedas boleh kurangkan)-dikisar
  • sedikit tepung jagung dibancuh dengan air (untuk pekatkan kuah)
  • gula cukup rasa

Cara-cara

  1. Gula merah dimasak dgn air dan tapiskan
  2. Campurkan kesemua bahan kuah (kicap,sos) dalam kuali dengan api yang sederhana. Bila dah agak pekat boleh padamkan api.
  3. Celur bahan A kecuali kacang tanah dan bijan
  4. Untuk makan, masukkan bahan-bahan celuran di dalam mangkuk,tuangkan kuah dan taburkan kacang tanah dan bijan diatasnya.
Baca Selanjutnya...

APAM POLKADOT

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk (gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
Baca Selanjutnya...

Tuesday, 7 August 2012

TOMYAM THAI

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 250 gm ayam -dipotong dan dibersihkan
  • 10 ekor udang
  • 5 tangkai cili padi
  • 3 tangkai cili kering
  • 200gm gula ketul
  • 1 batang serai
  • 1 sudu belacan
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 hiris halia
  • 1 hiris lengkuas
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang lobak merah - dihiris
  • 1 biji limau kasturi - diperah dan ambik air
  • sedikit sos sotong
  • garam secukup rasa
  • air untuk merebus
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. kisar cili padi,cili kering,gula ketul,belacan,bawang merah dan bawang putih
  2. panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar
  3. masukkan ayam,udang,lobak merah dan bubuh air,rebus semua bahan
  4. masukkan halia,lengkuas,daun limau purut,air limau,serai,sos sotong dan garam secukup rasa
  5. biarkan ia mendidih dan angkat setelah masak....
Baca Selanjutnya...

KEROPOK LEKOR



Bahan-bahannya:
5 cawan isi ikan kembung/selayang
2 1/2 cawan tepung sagu
3 sudu kecil garam

Untuk sos:

3 sudu besar cili kering diblender
sedikit gula melaka
1 sudu kecil asam jawa
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
2/3 cawan air

Cara-caranya.

  1. Bersihkan ikan, buang tulang dan kulit ikan. Buang kulit ikan dengan mengoyakkan kulit dari kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja. Kalau nak sedap lagi letak banyak ikan. Potong isi ikan kecil-kecil supaya mudah untuk di blend. Blend isi ikan hingga hancur. Jangan letak air.
  2. Selepas blend ke semua isi ikan, masukkan dalam mangkuk besar, uli dan masukkan tepung sagu sedikit demi sedikit. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
  3. Masukkan garam dan ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan pemotong. Kalau malas boleh buat bentuk macam fish ball.
  4. Taburkan sedikit tepung kanji di atas papan supaya adunan tak melekat pada papan. 
  5. Buat sampai habis.
 Cara memasak:-
  1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
  2. Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalau masuk peti ais. Lepas rebus boleh goreng jugak. Mana mana pun sama je sedapnya
  3. Keropok yg belum direbus tadi boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..
Untuk sos pula : 
Masukkan air ke dalam periuk dengan api yang perlahan, lepas tu masukkan cili yang sudah di blend, gula melaka dan air asam jawa, bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto... masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.

**Tips:- keropok yang sedap memerlukan ikan lebih banyak dari tepung, nisbah 5 cawan isi ikan, 2 cawan tepung sagu.Tak guna tepung kanji pun tak apa
Baca Selanjutnya...