Pages

Monday, 21 May 2012

Cara mengetahui tayar pancit





Perkara yang sangat penting dalam memandu ialah mempunyai tayar yang baik serta mampu mencengkam ketika diperlukan. Namun, ada ketika tayar yang dipandu akan menjadi pancit atau pecah semasa pemanduan dijalankan. Berikut adalah tips untuk mengetahui tayar pancit:

  1.  Sebelum memandu, sila lihat keempat-empat tayar anda (Pastikan anda parking di tempat yang rata supaya dapat melihat sekiranya ada perbezaan yang berlaku pada mana-mana tayar)
  2. Semasa memandu, anda melihat ada pemandu lain yang menunjuk-nunjuk ke arah tayar anda. Itu adalah tanda bahawa sesuatu telah berlaku pada tayar anda
  3. Pandu dengan perlahan (sekitar 10-20 km/j) dan lepaskan stereng anda beberapa saat. Jika stereng beralih ke kanan beberapa kali setelah anda meletakkannya dalam keadaan seimbang, itu bermakna tayar anda mungkin pancit. [Peringatan : Jika stereng selalu ke kiri atau ke kanan, jika tayar tidak pancit, anda harus membuat alignment pada tayar atau stereng ! ]
  4. Tayar anda kerapkali kempis. Disini ada 2 pilihan iaitu tampung atau tukar yang baharu.

No comments:

Post a Comment