Pages

Showing posts with label JIN. Show all posts
Showing posts with label JIN. Show all posts

Wednesday, 9 May 2012

9 JENIS SYAITAN


UMAR AL-KHATTAB R.A berkata, terdapat 9 jenis Syaitan yang merupakan sekutu Iblis Laknatullah dengan tugas2 khas mereka untuk merosakkan iman dan amal manusia serta cuba untuk menyesatkan kita agar menjadi teman mereka di dalam Neraka…na’uzubillah!!

1. ZALITUUN

Duduk di pasar2 dan kedai2 supaya manusia hilang sifat jimat cermat dan menjadi boros. Menggoda manusia supaya berbelanja lebih, membazir dan membeli yang tidak perlu serta kedekut pula untuk bersedekah..

2. WATHIIN

Pergi kepada orang yang mendapat musibah dan yang sedang berdukacita supaya bersangka buruk terhadap Allah dan berputus asa dari rahmat Allah SWT..

3. A’AWAN

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan, kekayaan dan kemewahan sehingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ‘alim ulama..

4. HAFFAF

Berkawan dengan kaki botol (pemabuk). Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat dan pesta2 yg melalaikan (contoh: konsert2, disko, kelab malam & tempat yang ada wanita penghibur dan minuman keras)..

5. MURRAH

Merosakkan dan melalaikan orang yang sukakan muzik, nyanyian dan tarian sehingga lupa untuk mengingati Allah. Termasuklah komposer, penulis lirik dan artis (penyanyi, pemuzik dan penari dll). Mereka ini diusahakan oleh syaitan2 ini supaya tenggelam dalam keseronokan, glamour, kemegahan, kemewahan hasil rezeki yang tidak halal dan lain-lain..

6. MASUUD

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan kata2 tidak elok, lucah dan cabul, menipu, fitnah, gosip, kejian (mengutuk), umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut..

7. DAASIM

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, syaitan ini berusaha agar berlaku suasana tidak aman dan keruntuhan rumah tangga, anak2 bergaduh, suami isteri berkelahi, suami bertindak ganas dgn ahli keluarganya, isteri menuntut cerai, suami isteri jadi bercerai berai, anak-anak didera dan terabai serta pelbagai bentuk kerosakan di dalam institusi keluarga..

8. WALAHAAN

Menimbulkan rasa was-was dan tidak yakin dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk, mandi junub, solat dan lain2 ibadah sehingga menjejaskan amal soleh yang kita lakukan..

9. LAKHUUS

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari..

Syaitan yang manakah sering mengganggu anda? Lihat dan perhatikan pada diri anda sendiri..Adakah syaitan WALAHAAN menyebabkan anda was-was untuk menyebarkan maklumat ini ? anda sendiri jawab..

sumber : Salam Muhasabah
Baca Selanjutnya...

Monday, 2 April 2012

18 SEBAB JIN MERASUK MANUSIA


WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk m
ereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

wallahhualam....


sumber : islam itu indah

Baca Selanjutnya...

Friday, 10 February 2012

MAKSUD JIN DARI SEGI BAHASA

Dari segi bahasa Al-Quran, kata jin terambil dari akar kata yang terdiri dari tiga huruf: jim, nun, nun.

Menurut pakar-pakar bahasa, semua kata yang terdiri dari rangkaian ketiga huruf ini mengandung makna ketersembunyian atau ketertutupan. Kata janna dalam Al-Quran surah Al-An'am ayat 76 berarti menutup. Kebun yang lebat pepohonannya sehingga menutup pandangan dinamai jannah. Syurga juga dinamai jannah kerana hingga kini ia masih tersembunyi, tidak terlihat oleh mata. Manusia yang tertutup akalnya (gila) dinamai majnuun, sedangkan bayi yang masih dalam perut ibu karena ketertutupannya oleh perut dinamai janin. Al-junnah adalah perisai kerana dia menutupi seseorang dari gangguan orang lain, baik fisik mahupun nonfisik.

Orang-orang munafik menjadikan sumpah mereka sebagai junnah demikian Al-Quran surah Al-Munafiqun ayat 3, yakni menjadikannya sebagai penutup kesalahan agar mereka terhindar dari kencaman atau sangsi. Kalbu manusia dinamai janaan kerana ia dan isi hati tertutup dari pandangan dan pengetahuan. Kerana itu pula roh dinamai janaan. Kubur, orang mati, kafan semuanya dapat dilukiskan dengan kata janaan kerana ketertutupan dan ketersembunyian yang selalu berkaitan dengannya.

Kata jin pun demikian, ia tersembunyi dan tertutup. Demikian tinjauan kebahasaan. Tetapi, apa makna ketertutupan dan ketersembunyiannya, serta sampai di mana batasnya? Inilah yang menjadi bahasan para pakar dan masyarakat sejak dahulu, bahkan hingga kini.

Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat". Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. 

Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."


Baca Selanjutnya...