Home
»
AMALAN
» BAGAIMAN ISLAM MENGAJAR APABILA MENGHADAPI TEKANAN
BAGAIMAN ISLAM MENGAJAR APABILA MENGHADAPI TEKANAN
✔ Keimanan :
Kemba
li kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardhu dan sunat yang lain. Pasakkan dalam diri akan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hamba-Nya yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.
✔ Tadabbur :
Benar, kita tidak ada daya untuk melihat Allah, tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa Penyayangnya Allah apabila makhluk di dalam batu juga boleh hidup, inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantua-Nya.
✔ Zikir :
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikirullah. Ketahuilah dengan zikrullah hati akan menjadi tenang.” (Surah al-Ra’d 13:28)
✔ Berimaginasi :
Bayangkan keadaan syurga yang cukup indah. Ada sungai arak dan susu yang mengalir, dilayan dengan bidadari yang cantik, tiada sedih, dan buruk sangka. Semuanya menggambarkan ketenangan. Fikirkan, layakkah kita menjejaki ke sana? Bagaimana harus kita ke sana? Syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat untuk mengahadapi tekanan hidup.
✔ Doa :
Ceza antara orang mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagai doa. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah al-Mu’min 40:60)
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 39.
No comments:
Post a Comment