Pabila malam menjelma tiba, nun jauh di langit, bertaburan bintang-bintang berkelipan. Bagaikan meraikan sebuah pesta, begitu meriahnya malam nan indah, ciptaan yang Maha Esa.
Namum tahukah kita kenapa bintang berkelip-kelip?
Sebenarnya bintang memancarkan energi secara relatif setiap saat. Jadi perubahan yang terjadi bukanlah disebabkan oleh bintang itu sendiri.
Penyebab utama adalah kerana bumi menpunyai atmosfera. Lapisan yang udara yang menpunyai suhu berbeza-beza di atmosfera menyebabkan lapisan-lapisan udara tersebut bergerak-gerak dan ia mewujudkan turbulensi.
Turbulensi boleh diibaratkan seperti ombak atau gelombang yang terjadi dilaut. Pernah dengar fenomena pembiasan, lebih kurang macam itulah.
Ketika cahaya bintang memasuki atmosfera bumi, cahaya bintang akan dibiaskan oleh lapisan udara yang bergerak-gerak tadi.
Akibatnya posisi bintang akan berubah-rubah. Tetapi, oleh kerana perubahannya terlalu kecil untuk kita kesan menggunakan mata kasar, maka apa kita lihat adalah kerlipan.
Tapi, kenapa planet tidak nampak berkelip-kelip?
Bintang, walau sebesar manapun ukuran dan sedekat manapun jaraknya, akan kelihatan sebagai satu titik cahaya, jika dilihat dari bumi, malah dengan teleskop tercanggih pun.
Manakala planet pula memiliki ukuran yang jauh lebih kecil daripada bintang, tapi kelihatan lebih besar dilihat dari bumi, kerana jaraknya lebih dekat.
Oleh itu ia sedikit pun dipengaruhi oleh turbulensi atmosfera bumi. Kecuali jika berlaku tubulensi yang sangat kuat atau ketika planet berada dekat horison barulah ia akan berkelip. Kerana ketika planet berada dekat horison cahayanya perlu melewati atmosfera yang lebih tebal.
Boleh jika kita tak mahu tengok bintang berkelip, kita kena pergi keluar dari atmosfera bumi...
No comments:
Post a Comment