Pages

Sunday, 3 June 2012

DOA MENGHINDARI SIFAT AMARAH



Antara perkara yang perlu kita kawal adalah emosi kemarahan. Benar, manusia tidak boleh lari dari sifat marah. Namun manusia yang bijak adalah dapat mengawal perasaan marahnya dengan secara terkawal.

Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak boleh lari dari sifat marah. Namun orang yang bijak adalah orang pandai mengawal emosi kemarahannya. Menjadi seorang yang panas baran amat ditakuti oleh sesetengah orang kerana ia boleh mengundang masalah nanti. Contohnya jika seseorang itu sukar mengawal kemarahan, bimbang terjadinya pergaduhan sehingga boleh melibatkan kecederaan dan kematian. Apakah cara terbaik untuk menghindari sifat marah? Ikuti ulasan di bawah ini.

Soalan:
Kawan saya seorang yang panas baran dan mudah marah. Boleh tak ustaz berikan doa/bagaimana caranya untuk menyabarkan/menenangkan orang yang sedang marah? Doa/amalan untuk menyejukkan hati sendiri yang sedang marah?

Jawapan:
Kemarahan itu timbul dari gejolak perasaan yang membara, ia bagaikan api yang membakar perasaan. Kemarahan itu juga merupakan dorongan syaitan yang ingin menghancurkan jiwa seseorang, sesungguhnya syaitan itu dari api, dan api akan padam dengan air. Oleh sebab itu jika dalam keadaan marah segeralah mengambil wuduk agar kemarahan menjadi reda.

Perbanyakkan istighfar kepada Allah dan selawat keatas Nabi, membaca Al Quran, kerjakan solat dan perkara-perkara yang diperintah dan tinggalkan perbuatan yang dilarang dalam Islam. Dengan cara demikian insya Allah kemarahan akan dapat dihindarkan.

Tidak kira kita di mana sekalipun, kita perlu bijak mengawal perasaan marah. Semua orang boleh marah. Namun ada batasnya. Cikgu seorang guru marah kepada anak muridnya. Jadi marahlah dengan secara lembut. Tidak semestinya marah itu perlu diringi dengan perbuatan seperti memukul. Banyakkan membaca al-quran dan selalu beristighfar kepada Allah SWT.

sumber : melayukini.net

No comments:

Post a Comment