Pages

Wednesday, 16 May 2012

5 IDEA KUASA MENIRU LUAR BIASA

Tip Pertama:

Jika anda ingin cemerlang anda menirulah dari pembacaan orang-orang yang hebat, orang-orang yang bijak, orang-orang cemerlang dan orang-orang yang baik. Ini kerana apa yang anda baca maka itulah yang akan diprogramkan oleh minda anda setiap kali anda membacanya.

Tip Kedua :

Jika anda ingin Berjaya. Anda menirulah daripada apa yang dilihat oleh orang-orang yang Berjaya. Inin kerana apa yang anda lihat maka itulah yang akan diprogramkan oleh minda anda setiap kali apa yang anda lihat. Jika kejayaan yang anda lihat maka kejayaan itulah yang anda akan kecapi.

Tip Ketiga :

Jika anda ingin mendengar hasil kejayaan anda makan Anda menirulah deripada apa yang anda dengar daripada kisah-kisah orang yang cemerlang, orang yang Berjaya. Ini kerana apa yang anda dengar maka itulah yang akan diprogramkan oleh minda untuk menjadikan anda lebih bersemangat untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh demi mencapai apa yang anda inginkan.

Tip Keempat :

Jika anda ingin menjadi orang yang hebat di dunia dan akhirat maka anda menirulah apa yang dicakapkan atau diperkatakan daripada kisah-kisah orang yang hebat, orang yang Berjaya. Ini kerana apa yang anda dengar daripada apa yang mereka perkatakan, maka itulah yang akan diprogramkan oleh minda anda untuk anda terus mengingati daripada apa yang diucapkan.

Tip Kelima :

Jika anda ingin merasai nikmat kejayaan, kecemerlangan, kehebatan diri anda maka anda perhatikanlah apa yang dirasai oleh orang yang telah pun Berjaya memliliki nikmat kejayaan dan kecemerlangan tersebut, maka daripada perasaan itulah yang akan diprogramkan oleh minda anda untuk anda merasai sendiri nikmatnya. Hasil daripada kejayaan dan kecemerlangan. Inilah rahsia kehebatan meniru melalui deria dalaman diri anda sendiri.

sumber :  Majalah Fokus SPM Bulan April 2012

No comments:

Post a Comment