Pages

Tuesday, 27 March 2012

TIPS HUBUNGAN SILATURRAHIM DAN DISUKAI ORANG RAMAI

Boleh diamalkan kepada bos-bos yang suka marah2 :)

1. Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun pada Allah sebab anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa benci dengannya atau tidak suka den...gannya secara tidak sengaja tanpa anda sedari. Allah tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya anda akan mendapat kemurkaan Allah, anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan anda. Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada anda. Kenapa? Supaya hati anda bersih sentiasa.

2. Bila hati sudah bersih, anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan anda, sebab anda ada aura yang menyenangkan. Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan anda. Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran anda. Itulah sebabnya amat penting sekali anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya anda senang dengan sesiapa sahaja. Jika anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang itu akan benci anda. Dia akan merasa kurang senang dengan anda secara tidak semena-mena. Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua itu timbul secara tiba-tiba. Puncanya, anda benci dengan dia di dalam hati. Inilah sebab kenapa anda perlu belajar bagaimana mengemudi hati.


sumber : sahabat halal JAKIM

No comments:

Post a Comment