Pages

Thursday, 1 March 2012

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) (PART IV)

PERINGATAN UNTUK IBUBAPA DAN PENJAGA

Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit:-


  • Bawa segera anak anda ke klinik atau hospital yang berhampiran dan patuhi nasihat yang diberi.
  • Jangan hantar anak anda yang sakit ke tadika, taska, rumah pengasuh atau ke sekolah sehingga sembuh.
  • Semasa di rumah, asingkan anak yang sakit dan peralatannya daripada kanak-kanak lain.
  • Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas memegang atau menyentuh anak. Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu.
  • Cuci semua peralatan, permainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur atau lelehan hidung pesakit dengan campuran disinfektan untuk membasmi kuman, (contoh :- campuran 1 bahagian clorox dicampur dengan 9 bahagian air).

info : Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching



No comments:

Post a Comment