Apakah makna yang tersirat di sebalik status "in a relationship with"?
Adakah ia haram atau merupakan satu andaian "ZINA INTERNET"?
Soalnya salahkah? Kenapa pula benda macam ni pun nak dijadikan isu?
KERANA KAMU ADALAH CINTA HATIKU
"In a Relationship With" sama maksud dengan "bercouple dengan" atau "bercinta dengan". Tak kisahlah couple islamik atau tidak.
Biasanya yang buat status ini mungkin :
1. Jujur
2. Suka berterus terang
3. Tak nak orang lain ganggu pasangan dia
4. Serius sangat dalam perhubungan mereka
5. Bangga dapat bercouple dengan si dia
6. Nak tunjuk dekat semua orang bahawa dirinya sudah berpunya
7.Atau mungkin ada jawpan mereka yang tersendiri
Anda boleh pilih, anda yang mana satu?
KELIRU DENGAN ISTILAH "IN RELATIONSHIP"
Kalau golongan alim berkata "bercouple tu berzina" pasti ramai yang melenting!
"Ape pasal pulak?????"
"Ah!!! Sudah! Tak abes-abes nak menghukum tak tentu pasal"
"Jumud! Sempitlah pemikiran kau ni. Bercouple je, bukannye buat ape pun"
"Alimlah sangat. Tu dah melebih.
Banyak lagi perkara-perkara wajib yang lain kita boleh sebarkan. Pasal status ni pun nak kecoh!"
Kalau yang versi bernada baik :
"Ish ish ish..Takkan laa sampai status 'in a relationship with' pun kita nak teruskan isbatkan sebagai zina. Boleh jadi 'in a relationship' tu dah bertunang ke, dalam proses bertunang ke. Berhati-hati la dengan was-was syaitan. Walaupun niat asal kita baik, tapi jika tak berhati-hati, kita terjebak dengan tipu daya syaitan akibat sikap melampaui batas. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita. Allahu a'lam"
Apa pendapat anda? Anda rasa bagaimana? Salahkah?
FAHAMILAH : ISLAM ITU CANTIK
Isunya, kita semua sudah sedia maklum rata-rata pengguna FB meletakkan status "in a relationship with" adalah bercouple di usia remaja. Lingkungan umur seawal usia 7 tahun (darjah 1) hingga 30-an (dah bekerja tapi belum kahwin lagi).
Peringkat umur seawal 8 tahun hingga 20-an adakah golongan yang sedang dalam proses berkahwin? Sudah mampu untuk berkahwin? Sudah bersedia untuk berkahwin? Serius untuk berkahwin atau sekadar suka-suka? Wallahualam..
Dan cuba anda kaitkan :
Kenapa Islam suka sangat "menjaga tepi kain" umatnya? Kenapa Islam terkenal dengan ayat 32 surah al-israa “Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”? Bukankah bercouple mendekati dan menghampiri zina? Bukankah kaedah mencegah lebih baik daripada merawat?
“Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA.”
MANA SATU YANG WAJIB?
"Alimlah sangat. Tu dah melebih. Banyak lagi perkara-perkara wajib yang lain kita boleh sebarkan. Pasal status ni pun nak di jadikan isu!"
Apakah yang dimaksudkan dengan perkara-perkara yang "wajib" disebarkan?
Ilmu akidah? Solat? Soal ketuhanan dan keimanan? Ibadah? Adakah hanya menyebarkan ilmu dan perkara-perkara yang wajib hanya tanggungjawab si alim?
Pernah dengar istilah "zina hati" tak?
"Apabila kita asyik merindui pasangan kita, sentiasa berfikir mengenainya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya, kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadanya, atau kecintaannya kepada kita sehingga menimbulkan syahwat, maka zina hati telah berlaku, walaupun tidak bersua dari segi pancaindera. Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita".
Allah memerintahkan kita, supaya jangan mendekati, bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita, kerana zina hati adalah kesan dari kita mendekati zina.
Bagaimana, anda setuju? Berlapanglah dada untuk sama-sama menginsafi.
Bukankah Islam itu sangat baik, sangat menjaga umatnya walau seremeh-remeh perkara?
ZINA : MENGELAK FITNAH
Pertanyaan :
"Adakah jatuh zina ke atas individu yang menukarkan status daripada "single" kepada "in a relationship with" jika dia punya reason tersendiri? Atas niat untuk mengelakkan diri daripada lalai dan alpa dengan menggunakan status "single" mahupun "in open relationship".
Jadi bakal pemimpin yang akan memimpin bahtera kelak lebih bersedia, berjaga-jaga dan berwaspada daripada sebarang godaan.
Bermakna bagi mereka, status-status tersebut membutakan mereka terasa yang mereka punya komitmen dan memikul tanggungjawab untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik supaya lebih bersedia kelak".
Sama juga. Jika masih "berdegil" dan obses sangat untuk menggunakan status "in a relationship with" mahupun "open relationship", silakan.
Tapi, macam biasa. Hidup mesti berprinsip. Bebas tidak bermakna terbabas.
Perlu melihat kepada niat, waqi' (situasi semasa atau tempat) dan kemudharatan, adakah fitnah akan berlaku?
LANGKAH PALING BIJAK
1. Tak payah letak apa-apa status.
2. Pandangan anda?
Mohon maaf jika ada bahasa yang agak kasar dan kurang menyenangkan..bukanlah niat untuk menyalahkan sesiapa dalam hal ini.Sekadar ingin memberi nasihat dan peringatan sahaja...Semoga kita semua berusaha untuk menjadi manusia yang berjaya dalam menggapai redha ilahi.Insyallah.
Jom berdakwah! Saling ingat mengingati dengan SHARE kepada rakan-rakan anda. Semoga ia menjadi rantaian pahala kepada kita semua. InsyaAllahsumber : my network

No comments:
Post a Comment