Pages

Tuesday, 28 February 2012

BAYI SELAMAT DI LAHIRKAN WALAUPUN IBUNYA TELAH 2 HARI MENINGGAL!


Kejadian luar biasa telah berlaku di mana seorang ibu yang disahkan telah meninggal dunia, namun masih boleh melahirkan bayi  dengan sempurna. Berita ini lantas tersebar dan  menjadi bahan perbincangan dalam dunia perubatan.

Mahmoud Soliman sebagai suami yang berumur 29 tahun tak pernah membayangkan boleh menghadapi kesedihan dan kebahagiaan menjadi satu. Isteri yang dicintainya Jayne Soliman 41 tahun, pergi untuk selamanya. Dan sebagai gantinya, ia telah di anugerahkan seorang bayi perempuan cantik yang dilahirkan dari rahim isterinya.

Yang lebih mengharukan, Aya Jayne( nama bayi tersebut ), dilahirkan dua hari setelah Jayne disahkan meninggal akibat otaknya gagal berfungsi. Namun berkat kesungguhan doktor, Aya telah dilahirkan dengan selamat.

Sebenarnya kehamilan Jayne tidak bermasalah. Namun di usia kehamilannya yang mencecah 25 minggu, tiba-tiba ia pengsan setelah mengadu sakit kepala. Suaminya terus membawa ke hospitalt John Radcliffe  di Oxford. Namun beberapa jam kemudian, doktor menyatakan otak bekas atlet ski ais  ini sudah meninggal dunia.

Pasukan doktor sedaya upaya membantu jantung Jayne agar tetap berdenyut dengan pelbagai peralatan. Usaha ini dilakukan agar bayi yang berada di perut Jayne terus hidup. Jayne diberi dua dos besar steroid, supaya jantung bayinya boleh berkembang. Dan akhirnya, aya Jayne pun selamat di lahirkan melalui pembedahan.

Setelah diangkat dari rahim Jayne, Aya sempat diletakkan di pangkuan ibunya untuk memberi sedikit waktu untuk keduanya  bertemu. Setelah itu Aya terus dimasukkan ke unit rawatan intensif. Sambil Mahmoud diberi kesempatan untuk mengucapkan selamat jalan kepada isterinya, sebelum akhirnya doktor mematikan alat bantuan hayatnya.(berfungsi utk bantuan bayi agar terus hidup )

Makna “Aya” berasal dari bahasa Arab yang bermaksud “KEAJAIBAN”. Itu merupakan nama yang dipilih Jayne ketika beliau masih hidup. Subhanallah….bukti kebesaran Allah.



ketika hayatnya..










No comments:

Post a Comment